CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Siti Nordiana 'Pergi' Dalam Tidur Pagi Tadi

21-7-2023 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3796| Komen: 43

Bapa kepada penyanyi Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad menghembus nafas terakhir jam 11 pagi Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri pengurusnya, Anas Osman yang menceritakan detik akhir Allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur.



IG

"Keluarga mula menyedari Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sekitar pukul 10 hingga 10.30 pagi tadi.

"Pihak keluarga juga sudah menelefon ambulan dan selepas itu pegawai kesihatan telah mengesahkan bapa Nana sudah meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Anas memberitahu Alias tidak menunjukkan sebarang kesakitan sebelum ini, namun mengakui Allahyarham mempunyai beberapa penyakit termasuk kencing manis.

Punca kematian masih belum dikenalpasti dan Allahyarham meninggal dunia pada usia 68 tahun.

"Saya tidak pasti lagi punca kematian sebenar... tetapi apa yang saya tahu biasalah orang tua ada penyakit kencing manis, darah tinggi.


"Cuma Allahyarham sebelum ini tidak ada pula mengadu sakit," ujarnya.



Jenazah dijangka akan disolatkan selepas solat Jumaat di salah sebuah masjid di Sendayan dan akan dikebumikan selepas Asar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-7-2023 01:12 PM
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun

Meninggal secara tiba2 pastinya suatu kejutan yg hebat buat waris2 yg ditinggalkan.
Semoga diberi ketabahan dan kekuatan buat nana dan keluarga.
Quote 3chanceno 21-7-2023 01:12 PM
Innallillah..salam takziah pada famili.

Quote codenamedream 21-7-2023 01:16 PM
Salam takziah
Quote cik_ingeniare 21-7-2023 01:27 PM
Innalillah.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote timah03 21-7-2023 01:31 PM
Salam takziah....
Harap geng yg di saman tu dtg la ziarah...
Kawan dari sek, mesti la rapat dgn arwah juga...
Quote jihah_kudat 21-7-2023 01:40 PM
Suchi replied at 21-7-2023 05:12 AM
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun

Meninggal secara tiba2 pastinya suatu kejutan yg hebat buat waris ...

salam takziah nana

ya  aku dah rasa meninggal tiba2 ni yang paling pedih..rasa kelam sangat dunia..sekurang-kurangnya kalau sakit bersedia jugak nak hadapi rasa bakal kehilangan tu..
Quote doubleA 21-7-2023 01:41 PM
Takziah nana
Quote Perawankota 21-7-2023 01:55 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun.
Quote kucingitam 21-7-2023 02:08 PM
jihah_kudat replied at 21-7-2023 01:40 PM
salam takziah nana

ya  aku dah rasa meninggal tiba2 ni yang paling pedih..rasa kelam sangat duni ...

betul..pedih sgt2
Quote Minami2013 21-7-2023 02:16 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Quote dudaberhias 21-7-2023 02:38 PM
Innalilah salam takziah kepada keluarga
Quote petpot 21-7-2023 02:40 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.

maaf fil iolss la meninggal dlm tidur.
Quote balakkampung 21-7-2023 02:51 PM
salam takziah untuk waris
Quote Jitu 21-7-2023 02:58 PM
Takziah   
Quote dolladolla 21-7-2023 03:09 PM
salam takziah...
Quote anony-mous 21-7-2023 03:11 PM
Wuwuuw dengkinya iols meninggal dlm khusnul khatimah. Pg jumaat n dlm tido
Quote ujin 21-7-2023 03:13 PM
Salam Takziah
Quote koko12 21-7-2023 03:31 PM
salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote anaktimma 21-7-2023 03:34 PM
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Salam Takziah buat Keluarga arwah.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063493 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top