CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Terbabit Sindiket Jual Buah Pinggang

21-7-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 223| Komen: 1

Penahanan 12 suspek termasuk seorang anggota polis membongkar sindiket perdagangan haram penjualan organ manusia khususnya buah pinggang.

Jakarta Globe melaporkan suspek berkenaan didedahkan kepada umum dalam satu sidang media pada Khamis.



Gambar hiasan

Polis mempercayai bahawa sekurang-kurangnya 122 orang menjadi mangsa sindiket berkenaan dengan buah pinggang mereka dikatakan dijual kepada rangkaian di Kemboja.

Pengarah Unit Jenayah Am Polis Jakarta, Ketua Komander Hengki Haryadi berkata, masih tidak jelas berapa ramai mangsa yang buah pinggang mereka diperdagangkan oleh sindiket berkenaan.

"Identiti kebanyakan suspek tidak didedahkan, tetapi seorang dikenal pasti sebagai pegawai polis berpangkat rendah hanya dikenali sebagai M.

"Peranan anggota polis yang berpangkat sebagai subinspektor kedua itu adalah sebagai orang yang berurusan dengan pegawai penguat kuasa undang-undang berkaitan.


"Suspek didapati mengarahkan suspek lain untuk melupuskan telefon bimbit masing-masing bagi mengelakkan kegiatan haram itu dikesan," katanya dalam sidang media di Jakarta.

Beliau berkata, mangsa sindiket adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya peniaga, guru, malah penuntut program sarjana dari universiti ternama di Indonesia.

"Kebanyakan daripada mereka sangat memerlukan wang dan individu yang terdedah ini menjadi sasaran sindiket," kata Hengki.

Sindiket turut mencipta kumpulan komuniti Facebook menggunakan seperti 'Penderma Buah Pinggang Indonesia' dan 'Penderma Buah Pinggang Antarabangsa' untuk memperdayakan mangsa.

Dalam sidang media itu, polis tidak mendedahkan harga buah pinggang dalam urus niaga haram berkenaan, namun mengatakan bahawa pengambilan organ manusia secara haram sedang berlaku di Indonesia dan Kemboja.

Berdasarkan penjejakan kes, selepas buah pinggang diambil daripada mangsa, ia akan disimpan di sebuah rumah sewa di kompleks perumahan Villa Mutiara Gading di Bekasi, timur Jakarta.

Ketua Bahagian Perhubungan Antarabangsa Polis Negara Inspektor Jeneral Krishna Murti berkata, selain itu dalam beberapa kes, mangsa dibawa terus ke Kemboja menerusi pesawat penerbangan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan buah pinggang mereka.

"Jenayah itu dilakukan di sebuah hospital yang berada di bawah kuasa kerajaan Kemboja. Ia dipanggil Preah Ket Mealea (hospital).

"Masih belum jelas sama ada sindiket turut berhubung langsung dengan penerima iaitu pesakit buah pinggang di peringkat lain-lain negara," katanya.

Beliau berkata, agak mencabar untuk menyiasat kes di Kemboja dan mengembalikan mangsa ke Indonesia.

"Kami terpaksa berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang lebih tinggi malah dengan pembantu khas Perdana Menteri Kemboja untuk meminta bantuan mereka.

"Kami turut menjalin hubungan dengan Polis Kemboja dan bahagian Interpol... syukur kerana kes ini semakin akhirnya terbongkar walaupun masih lagi dalam peringkat awal siasatan," kata Krishna.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:02 AM
subinspektor kedua ya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.177494 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top