CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Kantoi, Selamba Curi Pakaian Orang Lain Di Kedai Dobi Layan Diri

21-7-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 519| Komen: 4

PETALING JAYA – Tular rakaman yang direkodkan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menyaksikan dua orang lelaki didakwa mencuri pakaian pelanggan di sebuah dobi layan diri.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook, Shahx dan turut dikongsikan ke kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.


“Penyamun pakaian dobi,” dakwa pengguna Shahx.



Menerusi waktu yang tertera pada rakaman CCTV itu, kejadian berlaku sekitar pukul 5.51 pagi tadi, namun lokasi sebenar belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, tindakan dua lelaki yang datang dengan menaiki sebuah motosikal tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja sebelum keluar membawa beberapa pakaian bersama beg pakaian yang ditinggalkan pelanggan dobi berkenaan.

Setakat 30 minit video itu disiarkan, masih belum menerima sebarang komen namun telah mendapat lebih 2,000 tontonan. – CARI


Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-7-2023 12:21 PM
padan muka je la..
sapa suruh tak tunggu baju sendiri..
kalau nak hantar tinggal, gi dobi biasa..
jangan pergi dobi layan diri..
Quote she 21-7-2023 01:39 PM
Memang korang tinggal ke baju situ
Uiiii bahaya lahhh

Quote Imkhai 21-7-2023 03:09 PM
Edited by Imkhai at 21-7-2023 03:11 PM
prettyuglybabe replied at 21-7-2023 12:21 PM
padan muka je la..
sapa suruh tak tunggu baju sendiri..
kalau nak hantar tinggal, gi dobi biasa..


Ko tunggu ke klau gi dobi?
Quote prettyuglybabe 21-7-2023 03:22 PM
Imkhai replied at 21-7-2023 03:09 PM
Ko tunggu ke klau gi dobi?

sebab tu perlu bijak.. ada otak fikir..kalau dah tak ada masa sangat nak pergi waktu selamat, pandai-pandai la fikir keselamatan diri..
tunggu dalam kereta pun boleh..
asalkan kau nampak baju kau dah siap dalam tu..
ke kau jenis masuk dobi pastu tinggal berejam sampai orang lain nak pakai mesin pulak kena angkut sependa kau keluar..
grosssssss....
and kalau dah tau nak kena pergi odd hours tak reti berteman ke..
kalau forever alone sangat, then pergi waktu selamat jah..
ini dah la main tinggal..
pastu tak reti nak guna clock kat hp tu set timer..
location self service dobi pun banyak kat tempat selamat..
yang penting jadi lah bijak..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032988 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top