CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Didakwa Layan Pesakit Dengan Kasar

21-7-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 828| Komen: 6

Dakwaan pesakit dikatakan dilayan seorang pegawai perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dengan kasar dan tidak profesional, dipandang serius Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).


Pengarahnya, Dr Asits Sanna berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci dan telus berhubung dakwaan pesakit terhadap pegawai perubatan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya.


HOSPITAL Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). FOTO Izwan Abdullah

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan selepas seorang pesakit mengadu dilayan dengan kasar oleh seorang pegawai perubatan dikenali sebagai 'Azlinah' berdasarkan laporan sebuah portal berita tempatan, kelmarin.

"JKNS ingin merujuk kepada petikan artikel bertajuk 'Pengurusan Hospital Likas Perlu Ambil Tindakan Kepada Pegawai Perubatan Dikenali 'Azlinah' yang diterbitkan dalam sebuah portal tempatan pada 18 Julai lalu.


"Adalah dimaklumkan bahawa jabatan ini memandang serius perkara ini dan siasatan terperinci serta telus sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Difahamkan, pesakit terbabit mengadu tidak dirawat selepas lebih dua jam datang ke wad kecemasan HWKKS atau juga dikenali sebagai Hospital Likas, selain terpaksa menunggu di luar bangunan ketika hujan lebat.

Pesakit terbabit mendakwa dilayan dengan kasar oleh pegawai perubatan dikenali sebagai 'Azlinah' apabila beliau bertanya bila akan dipanggil hingga menyinggung perasaannya dan pesakit lain yang sudah lama menunggu.

Dr Asits berkata, satu pertemuan bersama pihak pengadu juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap maklum balas yang diterima dan melakukan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

"Jabatan ini juga menyeru kepada semua warga kerja JKNS agar sentiasa bersikap profesional dan mengamalkan komunikasi berkesan serta berhemah kepada semua pelanggan pada setiap masa," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-7-2023 12:02 PM
Walaupun Hospital Likas ni hada banyak cerita hanat, nak bekap juga la siked2.

1. Kes kau most probably tak kritikal.

2. Akak tak pernah tersidai 2 jam. Sampai2 ja biasanya terus diberi rawatan. Ye la. Budak kecik punya kes. Lagipun akak pi sepital selalu berdrama macam end of the world ja terus masuk wad bising2 minta tolong doktor dan nurse (kritikal la tu maksudnya).

3. Kat luar bangunan tu ada khemah menunggu. Hujan ka apa, kau boleh dok dalam khemah. Jangan kau propah tak cerita betul2.

4. Azlinah berkasar most probably sebab kau pun berkasar.

The end of bekaping.
Quote dua_chzy 21-7-2023 12:04 PM
Eh sejak bila Asits Sanna jadik pengarah? Bukan doktor Marcus Netto?
Quote sufi^_^ 21-7-2023 12:08 PM
Kalau lepas triage, kau dikategorikan sebagai zon hijau, maka fahamilah bahawa kebarangkalian kau akan meninggal kat situ sangat rendah.

maksudnya tak kritikal atau separa kritikal.

Nak cepat, pegi klinik swasta.

Dah banyak kali kkm tunjuk ajar, yang mana kena pergi kecemasan, yang mana patutnya pegi KK atau klinik swasta.
Quote Atata 21-7-2023 12:08 PM
dua_chzy replied at 21-7-2023 12:02 PM
Walaupun Hospital Likas ni hada banyak cerita hanat, nak bekap juga la siked2.

1. Kes kau most prob ...

Mungkin dorang kasar2 sebab muka dia mcm pilak kali hahah.. area sana banyak pilak sampai bole confuse
Quote ifanonline 21-7-2023 12:11 PM
kena ada badan menerima aduan khas utk perkhidmatan hospital dan klinik...sebagaimana aduan berkenaan khidmat polis, jpj, imigresen etc...

khidmat mereka di bayar oleh rakyat
Quote dua_chzy 21-7-2023 12:14 PM
Atata replied at 21-7-2023 04:08 AM
Mungkin dorang kasar2 sebab muka dia mcm pilak kali hahah.. area sana banyak pilak sampai bole con ...

Hahaha

Tidak tau la kalau di Kecemasan, tapi kalau di Wad Kanak-Kanak dilayan dengan baik juga tu pilak2 tu. Beramah mesra juga dengan staf hospital juga sy tengok. Lagi2 yang sudah tinggal berbulan di sana. Yang tiada IC pun dilayan dengan baik. Betul2 tiada diskriminasi. Respek la staf hospital Likas.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.137329 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top