CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Rasa Sedap Hati Tapi Berat Nak Minta Deposit! Peniaga Ditipu Pelanggan Tempah 720 Set Lunch, Dinner Tapi Tak Muncul

21-7-2023 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2420| Komen: 42

Tular kisah peniaga makanan di Gerik, Perak yang pertama kali melalui pengalaman ditipu pelanggan setelah hampir sembilan tahun berniaga.

Dia bagaimanapun mengakui ia berpunca dari sifat belas kasihan dan mudah percayakan orang.



mStar/IG

Berkongsi semula kisah pahit itu dengan mStar, Aishah Nita berkata, dia pada mulanya menerima tempahan daripada seorang individu yang memintanya menyiapkan makanan untuk tiga hari, berjumlah 720 set kesemuanya.

"Saya dihubungi oleh individu berkenaan pada 14 Julai lalu, meminta menyediakan set makanan untuk tiga hari sebanyak 240 set setiap hari.

"Orang tu minta 120 set untuk makan tengah hari, dan 120 set lagi untuk makan malam. Tak tahu kenapa, terdetik dah dalam hati perasaan kurang enak. Suami pun kata mintalah deposit.

"Tapi entah kenapa saya tak minta deposit kali ini. Mungkin sebab percayakan kata orang tu yang beritahu tempahan untuk askar.


"Saya kata dekat suami, kita tawakal sajalah. Kalau mereka datang ambil, itu rezeki kita... kalau tak ambil, kita sedekah. Saya tak mahu berburuk sangka," katanya.

Menurut Aishah, dia dan para pekerjanya bertungkus-lumus menyiapkan tempahan sebanyak 120 set untuk makanan tengah hari pada hari pertama dan menunggu untuk diambil sebagaimana yang dijanjikan.

"Sebelum dia datang ambil tempahan pukul 1 tengah hari, dia ada hubungi minta pihak kami belikan bekas makanan plastik. Dia minta kami hubungi pihak syarikatnya pula untuk itu.

"Saya mohon maaf kepadanya dan beritahu tak dapat nak bantu beli. Tunggu punya tunggu, waktu yang dijanjikan, dia tak datang ambil makanan.

"Tengok-tengok nombor kami dah kena sekat. Sebenarnya terkilan sedikit tapi dalam masa yang sama, saya bersyukur sebab tak sempat siapkan yang 120 set lagi untuk makan malam," katanya sambil menambah, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM650 disebabkan pelanggan tersebut.

Aishah yang memiliki kedai makan di sebuah medan selera berkata, tempahan yang sudah disiapkan iaitu set nasi putih bersama kari ayam, sayur campur dan sambal belacan akhirnya disedekahkan kepada sekolah pondok berhampiran kedainya.

"Manakala selebihnya suami saya sedekahkan kepada budak-budak yang kebetulan ada perlawanan bola sepak di kampung kami," katanya lagi.



Mengakui kejadian tersebut meninggalkan pengajaran buat dirinya, Aishah berkata perkongsian yang dibuat di media sosial bertujuan untuk mengingatkan para peniaga makanan lain supaya lebih berhati-hati.

"Bila baca komen, ada juga peniaga yang alami nasib seperti saya... ditipu pelanggan kerana percaya. Saya ni kadang mudah kasihankan orang.

"Apa yang boleh diambil pengajaran selepas ini, janganlah mudah percaya sesuka hati kepada orang," akhirinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pilot 21-7-2023 10:30 AM
nasib baik baru buat 120 pek je...

takpe mungkin itu untuk dapat pahala sedekah sebagai ganti rugi rm650.00..berhati2 la berurusan lepas ni
Quote lasagnaklcc 21-7-2023 10:32 AM
Ada lagi yg terima tempahan tak mintak deposit. Ni okay la dia sedekah, kalau yg jual balik tu mesti org dah ckp marketing.
Quote kelip2_07 21-7-2023 10:43 AM
dh 2023..x amik iktibar
Quote Decaffeinated 21-7-2023 10:45 AM
Kesian lah jugak. Kalau dekat boleh lah aku ganti modal akak ni campoq upah pekerja dia. nasi tu aku tak nak.
Quote krustykrab 21-7-2023 10:50 AM
Bodoh....deposit tu perlu sbg tanda confirm. Jgn dok tawakal sgt.
Quote prettyuglybabe 21-7-2023 10:55 AM
anggap je la itu bahagian zakat atau cukai yang tak pernah dilunaskan
Quote Themilo 21-7-2023 11:00 AM
atau sekadar marketing? sekarang banyak sangat trend marketing macam ni.
Quote addamnor 21-7-2023 11:01 AM
Weols nak berhati hitam..
Tak bayar zakat pendapatan kah?
Quote salimrock 21-7-2023 11:18 AM
bukan soal percaya atau tidak...

tp aku rasa bila bayar deposit, tidak lah ada pihak teraniaya..

kalao aku caterer, dpt order, sekali malam tu ada customer jump Q, dtg order lg byk,
+ deposit, pastu aku boleh je cakap, malas la aku nak buat kt customer 1st tu..betul tak?

esok customer dtg, aku boleh je cakap, eh ko tak bayar deposit maa... naya la customer tu..


1 lagi senario...ni kena kat aku...

family aku dah order roti jala, aku tak igt berapa, kami bayar deposit, musim raya ni..

sekali ada saudara kami meninggal, pagi tu, kena kansel, tanya caterer dia cakap, bahan2 dah beli, kena buat,  jd kitorang kata tak pe la, proceed order, tp makanan hantar lah ke rumah jiran kitorang, dia pn buat open house juga...

so takde la pihak teraniaya...

kami niat kan hadiah kan je kt jiran,, roti jala tu, tak nak peniaga tu teraniaya, ye la, mesti dia dah beli telur, tepung, dsbnya kan?

Quote salimrock 21-7-2023 11:19 AM
kadang2 customer tetap pn, kalo order byk baik amik deposit, sekali sebelum majls dia meninggal sapa nak bayo?
Quote tri-max 21-7-2023 11:23 AM
akak ni sekadar kongsi pengalaman
tak yah nak judge betul ke tidak, nak viral hapanya kalau kedai kat food court saja
dia kesal tang deposit tak ambik
tu je


Quote gigahertz 21-7-2023 11:32 AM
Themilo: atau sekadar marketing? sekarang banyak sangat trend marketing macam ni.


daripada bayar budak marketing ribu ribu baik buat macam ni....
Quote brego 21-7-2023 11:34 AM
Edited by brego at 21-7-2023 11:37 AM
"Sebelum dia datang ambil tempahan pukul 1 tengah hari, dia ada hubungi minta pihak kami belikan bekas makanan plastik. Dia minta kami hubungi pihak syarikatnya pula untuk itu.

"Saya mohon maaf kepadanya dan beritahu tak dapat nak bantu beli. Tunggu punya tunggu, waktu yang dijanjikan, dia tak datang ambil makanan.

baru jer aku tertengok video TT
skang ni banyak scam towkey makanan

kes macam ni la, order makanan byk2 utk askar konon nya
sampai masa nak amik makanan,
dia akan minta towkey ni beli barang2 dari company lain utk supply,
lepas bank in, scammer pun hilang, barang tak sampai

double triple rugi, duit hilang,
makanan beratus pack tak di bayar
memang babi punya scammer
Quote Lagubestbest 21-7-2023 11:54 AM
brego replied at 21-7-2023 11:34 AM
baru jer aku tertengok video TT
skang ni banyak scam towkey makanan

ohh.. tg pencerahan.
Quote kayla 21-7-2023 01:11 PM
kes ni betul ... sepupu aku dah terkena beberapa minggu sebelum raya haji aritu ...
sama mcm kes ni .. konon2 masak utk askar .. lepas tu kena bank in duit ... bila tak bank in tak datang ambik makanan tengahari yg dah siap berbungkus ...

satu area tu 6 kedai makan kena dlm hari yg sama ...

minta berhati2 semua peniaga makanan ... modus operandi baru scammers ...
Quote Suchi 21-7-2023 01:16 PM
Tapi yg bagusnya dia pi sedekah kat orang bukannya acah2 post kt socmed minta org beli.
Pastu mula la org tuduh utk marketing bagai.

Semoga dimurahkan rezeki yg berlipat ganda buat akak yg meniaga.
Quote rospinki 21-7-2023 01:20 PM
scam passal tempahan utk askar ni dah berebaran ditenet ramai dah kena org siap pesan kalau btul nk order bgi deposit dulu takde depo jgn amik.
Quote Samerosie 21-7-2023 01:24 PM
"Saya kata dekat suami, kita tawakal sajalah. Kalau mereka datang ambil, itu rezeki kita... kalau tak ambil, kita sedekah. Saya tak mahu berburuk sangka," katanya.
_____________________<<<_____________<<<<__
And then kau jumpa phone pastu gatal tangan nak gak post ye?
Quote apech 21-7-2023 01:27 PM
tajuk misleading. bukan rugi 720 set. Dia rugi cuma 120 sajerr. makanan pun tak mahal. Dalam RM5.50 sebungkus.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top