CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalau Dari Masjid Kerana Pakai Baju Ada Logo PN

20-7-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1860| Komen: 22

Seorang lelaki yang mahu menunaikan solat fardhu Isyak dihalau pihak pengurusan sebuah masjid di Senawang, Negeri Sembilan pada Ahad hanya kerana mengenakan baju dengan logo Perikatan Nasional (PN).


Menerusi video yang tular di TikTok, kedengaran suara dipercayai milik pihak pengurusan masjid memaklumkan sesiapa yang memakai pakaian berlogo daripada mana-mana parti politik akan dihalau dari kawasan berkenaan.



"Tak kiralah parti apa pun, parti lembu, kerbau, kambing ke, tolong jangan masuk dalam masjid.

"Saya akan halau tuan tegak-tegak dari masjid ini. Saya minta maaf," katanya dalam video tersebut.

Susulan kejadian tersebut, seorang individu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu untuk memaklumkan tentang insiden terbabit.



Menerusi laporan itu, individu bernama Nurul melaporkan dia bersama beberapa jemaah lain yang mengenakan pakaian berlogo PN ingin mengerjakan solat Isyak di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam pada Ahad.

Katanya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun kemudian menegur pakaian mereka dan tidak membenarkan atau tidak suka kumpulan tersebut memasuki kawasan berkenaan kerana didakwa membawa elemen politik atau ingin berpolitik.

"Individu tersebut kemudiannya menggunakan pembesar suara hingga ke luar (masjid) dan memberi amaran untuk menghalau sesiapa yang berbaju (logo) politik dalam masjid di depan sebahagian anak muda yang memakai baju PN.

"Sebahagian anak muda yang kesal dengan amaran itu keluar dari masjid tanpa solat kerana berasa tidak selesa atau selamat dan solat di tempat lain," kata laporan tersebut.

Dalam itu, pelapor memaklumkan tindakan pihak masjid terbabit sebagai intimidasi dan salah anggap kerana mereka hanya menumpang solat di tempat tersebut kerana menghadiri ceramah politik parti berkenaan berhampiran kawasan itu.



Dia turut memohon pihak polis membuat siasatan dan memberi pelindungan kepada golongan tersebut yang ingin mengerjakan solat di masjid.

Setakat ini, masih belum ada sebarang daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apalancut 20-7-2023 07:17 PM
agak2.. kalau sarung baju barisan atau DAP boleh masuk solat jugak tak????
Quote CardiGans85 20-7-2023 07:52 PM
Kefahaman aku adalah orang masjid X nak ada sesiapa datang solat pakai baju yg ada apa2 lambang parti.

Bukannya merujuk kepada perikatan nasional yg kebetulan ada ceramah wakil rakyat
Quote antikorok 20-7-2023 08:08 PM
Edited by antikorok at 20-7-2023 08:46 PM

Statement dari ajk kariah masjid yg ditudoh.
Len kali masok tempat orang kenalah beradab

[ig]https://www.instagram.com/reel/Cu6Inm3ALPY/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading[/ig]
Quote zulfahmimaidin 20-7-2023 08:35 PM
budak2 skrg mana nak reti nk jaga adab terutama terpengaruh kebodohan pemimpin sejati dorang
Quote otai_g 20-7-2023 08:42 PM
Bodoh btl ajk masjid senawang Ni. Ko PKI Baju ada logo politik bkn la bermakna ko nak berpolitik dlm masjid. Memalukan agama islam ada ajk2 Bodo MCM Ni.
Quote kakikuDibibirmu 20-7-2023 08:48 PM
Dilarang mengundi di dalam masjid
Quote Solokkk 20-7-2023 08:48 PM
Tolong la jgn jadi bodow macam lombu bodow gay tua kutuk bekas banduan penyemburit tersohor negara yg berDNA kan babi terbang tuh
Quote TomyamPuteh 20-7-2023 09:26 PM
Dh betul la tu
Quote Zazama 20-7-2023 10:01 PM
Dasat penangan baju berlogo. Nak tunai solat utkNYA tp kena halau.
Quote Skuau 20-7-2023 11:12 PM
apalancut replied at 20-7-2023 07:17 PM
agak2.. kalau sarung baju barisan atau DAP boleh masuk solat jugak tak????

dgn tulus ikhlas.....
Quote Decaffeinated 20-7-2023 11:39 PM
Fatwakan haram ja

Quote Decaffeinated 20-7-2023 11:42 PM
otai_g replied at 20-7-2023 08:42 PM
Bodoh btl ajk masjid senawang Ni. Ko PKI Baju ada logo politik bkn la bermakna ko nak berpolitik dlm ...

Kalau pakai t-shirt carlsberg masa sholat boleh x? bukan suruh beli arak pun


Quote B40tastePosh 20-7-2023 11:55 PM
Memang haram pakai baju Parti Pelacur dalam Rumah Allah.

Quote otai_g 21-7-2023 01:56 AM
Decaffeinated replied at 20-7-2023 11:42 PM
Kalau pakai t-shirt carlsberg masa sholat boleh x? bukan suruh beli arak pun

Oi bang Carlsberg tu sah2 la Haram. Apa kaitan Carlsberg dgn parti politik plk? 2 bnd yg berbeza
Quote ResellerMaxis 21-7-2023 02:22 AM
TomyamPuteh replied at 20-7-2023 09:26 PM
Dh betul la tu

Pakai baju pn di sound jangan berpolitik dalam masjid walaupun mereka xberpolitik.

Kalau pakai baju UMDAP. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh
Quote zuuu 21-7-2023 04:24 AM
Adoi macam2,korang solat jelah tepi jalan mana2,asalkn tempat tu bersih...dh nak masuk masjid kena halau pulak
Quote Tiggybiru 21-7-2023 09:02 AM
Hmm..nak dkt2 prn ni mmg akan muncul isu2 sebegini
Quote OshinDaSolja 21-7-2023 10:04 AM
diorang dtg nk semayang bukan nk ceramah politik... pihak pengurusan emo lebih kenapa...
Quote Decaffeinated 21-7-2023 10:05 AM
otai_g replied at 21-7-2023 01:56 AM
Oi bang Carlsberg tu sah2 la Haram. Apa kaitan Carlsberg dgn parti politik plk? 2 bnd yg berbeza

Yang haram tu arak, bukan t-shirt.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050044 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top