View: 2076|Reply: 22
|
Dihalau Dari Masjid Kerana Pakai Baju Ada Logo PN
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang mahu menunaikan solat fardhu Isyak dihalau pihak pengurusan sebuah masjid di Senawang, Negeri Sembilan pada Ahad hanya kerana mengenakan baju dengan logo Perikatan Nasional (PN).
Menerusi video yang tular di TikTok, kedengaran suara dipercayai milik pihak pengurusan masjid memaklumkan sesiapa yang memakai pakaian berlogo daripada mana-mana parti politik akan dihalau dari kawasan berkenaan.
"Tak kiralah parti apa pun, parti lembu, kerbau, kambing ke, tolong jangan masuk dalam masjid.
"Saya akan halau tuan tegak-tegak dari masjid ini. Saya minta maaf," katanya dalam video tersebut.
Susulan kejadian tersebut, seorang individu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu untuk memaklumkan tentang insiden terbabit.
Menerusi laporan itu, individu bernama Nurul melaporkan dia bersama beberapa jemaah lain yang mengenakan pakaian berlogo PN ingin mengerjakan solat Isyak di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam pada Ahad.
Katanya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun kemudian menegur pakaian mereka dan tidak membenarkan atau tidak suka kumpulan tersebut memasuki kawasan berkenaan kerana didakwa membawa elemen politik atau ingin berpolitik.
"Individu tersebut kemudiannya menggunakan pembesar suara hingga ke luar (masjid) dan memberi amaran untuk menghalau sesiapa yang berbaju (logo) politik dalam masjid di depan sebahagian anak muda yang memakai baju PN.
"Sebahagian anak muda yang kesal dengan amaran itu keluar dari masjid tanpa solat kerana berasa tidak selesa atau selamat dan solat di tempat lain," kata laporan tersebut.
Dalam itu, pelapor memaklumkan tindakan pihak masjid terbabit sebagai intimidasi dan salah anggap kerana mereka hanya menumpang solat di tempat tersebut kerana menghadiri ceramah politik parti berkenaan berhampiran kawasan itu.
Dia turut memohon pihak polis membuat siasatan dan memberi pelindungan kepada golongan tersebut yang ingin mengerjakan solat di masjid.
Setakat ini, masih belum ada sebarang daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
agak2.. kalau sarung baju barisan atau DAP boleh masuk solat jugak tak???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kefahaman aku adalah orang masjid X nak ada sesiapa datang solat pakai baju yg ada apa2 lambang parti.
Bukannya merujuk kepada perikatan nasional yg kebetulan ada ceramah wakil rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 20-7-2023 08:46 PM
Statement dari ajk kariah masjid yg ditudoh.
Len kali masok tempat orang kenalah beradab
|
|
|
|
|
|
|
|
budak2 skrg mana nak reti nk jaga adab terutama terpengaruh kebodohan pemimpin sejati dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh btl ajk masjid senawang Ni. Ko PKI Baju ada logo politik bkn la bermakna ko nak berpolitik dlm masjid. Memalukan agama islam ada ajk2 Bodo MCM Ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dilarang mengundi di dalam masjid |
|
|
|
|
|
|
|
Dasat penangan baju berlogo. Nak tunai solat utkNYA tp kena halau. |
|
|
|
|
|
|
|
apalancut replied at 20-7-2023 07:17 PM
agak2.. kalau sarung baju barisan atau DAP boleh masuk solat jugak tak????
dgn tulus ikhlas..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pakai t-shirt carlsberg masa sholat boleh x? bukan suruh beli arak pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang haram pakai baju Parti Pelacur dalam Rumah Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-7-2023 11:42 PM
Kalau pakai t-shirt carlsberg masa sholat boleh x? bukan suruh beli arak pun
Oi bang Carlsberg tu sah2 la Haram. Apa kaitan Carlsberg dgn parti politik plk? 2 bnd yg berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 20-7-2023 09:26 PM
Dh betul la tu
Pakai baju pn di sound jangan berpolitik dalam masjid walaupun mereka xberpolitik.
Kalau pakai baju UMDAP. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi macam2,korang solat jelah tepi jalan mana2,asalkn tempat tu bersih...dh nak masuk masjid kena halau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..nak dkt2 prn ni mmg akan muncul isu2 sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
diorang dtg nk semayang bukan nk ceramah politik... pihak pengurusan emo lebih kenapa... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang haram tu arak, bukan t-shirt.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|