CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16014|Reply: 1

[Tempatan] Kosong dan tiada reaksi- Keadaan ibu Zayn Rayyan ketika dirakam percakapan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu dimaklumkan bahawa ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin kelihatan kosong dan tidak memberikan sebarang reaksi ketika rakaman percakapan berhubung kehilangan anaknya, pada 5 Disember 2023.

Perkara tersebut diberitahu oleh saksi pendakwaan keempat dalam perbicaraan kes kehilangan kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun itu, di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.



Saksi berkenaan iaitu pegawai penyiasat yang menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, yang ketika kejadian bertugas sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, lapor Buletin TV3.

Menurut Nina, keadaan Ismanira Abdul Manaf, 30, ketika itu seolah-olah tiada perasaan dan tidak dapat menjawab beberapa soalan yang dikemukakan semasa rakaman percakapan diambil di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

“Saya berhenti seketika kerana sebak ketika memaklumkan perkara ini. Semasa rakaman percakapan diambil, saya ada bertanya beberapa soalan kepada pengadu, namun dia tidak dapat menjawab sebahagian daripadanya.

“Keadaan pengadu ketika itu seperti kosong, maksudnya tiada perasaan, tiada reaksi sama sekali,” katanya.

Saksi yang kini bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor berkata, rakaman percakapan tersebut dibuat selepas menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak autistik dari Balai Polis Sri Damansara.

Menurutnya, rakaman berkenaan dilakukan di lokasi kejadian setelah menerima panggilan daripada Ketua Blok R yang memaklumkan terdapat kanak-kanak lain terlihat kelibat anak pengadu, yang dipercayai sebagai mangsa.

“Saya anggarkan pada ketika itu mangsa sedang berkeliaran di sekitar Blok R, sebab itu saya meminta pengadu dan suaminya pulang terlebih dahulu sekiranya maklumat yang diterima adalah betul,” katanya.

Ia merupakan hari ketiga perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan melibatkan kedua ibu bapanya.

Untuk rekod, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari pada 12 Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jalan PJU Damansara Damai, Petaling Jaya antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada hari berikutnya.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan mati di dalam sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mangsa dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemukan 200 meter daripada kawasan perumahannya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 10:17 AM | Show all posts
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan mati di dalam sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.


setahun 2 bulan dah berlalu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041198 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list