Kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh dilanggar kereta golf dipandu seorang lagi kanak-kanak berusia tiga tahun dalam kejadian di sebuah hartanah persendirian di Lee County, Fort Myers, Florida, Isnin lalu.
Lapor CNN, kereta golf dipandu kanak-kanak berusia tiga tahun itu menghampiri selekoh kanan berhampiran rumah, sebelum bahagian depan kenderaan itu melanggar mangsa yang berdiri di halaman depan. Mangsa terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berasal dari Fort Myers. Dilaporkan, ketika kejadian, kanak-kanak itu tidak memakai topi keledar dan pemandunya tidak memakai tali pinggang keledar. Pegawai penguat kuasa undang-undang sedang menyiasat kejadian itu. Menurut kajian dari American Academy of Pediatrics (AAP), lebih 6,500 kanak-kanak cedera akibat kereta golf setiap tahun dan lebih separuh daripada mereka yang cedera adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
Pengarah Pusat Perubatan dan Prestasi Sukan CHOP dan Pengerusi Bahagian Ortopedik AAP, Dr Theodore J Ganley menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran daripada kemalangan kenderaan itu. SUmber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT