Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), Mustafa Omar menghembus nafas terakhir berikutan kesukaran bernafas selepas memberi ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai, semalam.
Difahamkan, beliau pulang ke rumah setelah menyampaikan ceramah itu berikutan mengalami sesak nafas. Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid ketika dihubungi berkata, Allahyarham yang berusia 51 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, dipercayai akibat serangan jantung. Beliau berkata, jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar. "Allahyarham adalah seorang yang baik keperibadiannya, dan sudah berkhidmat selama 26 tahun. Beliau masuk kerja sama dengan saya pada 1997. "Allahyarham adalah seorang yang berilmu dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau memang mahir dalam bidangnya," katanya.
Terdahulu, Allahyarham menyelesaikan tugasan menyampaikan ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai yang disiarkan secara langsung melalui Facebook masjid itu. Pada akhir ceramahnya, Allahyarham sempat berpesan mengenai kematian dengan menyatakan ia pasti akan berlaku, dan tidak perlu berbangga dengan harta dikumpul kerana hanya amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sumber: BH Online
|
Decaffeinated replied at 20-7-2023 12:04 PM
Innalillahi...
Kalaulah dia extend ceramah sampai pukul 9 pagi kematian beliau akan lebih dicemburu ...
ADVERTISEMENT