CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 7

Balik Rumah Kerana Sesak Nafas, Meninggal Selepas Beri Ceramah Subuh Sempena Maal Hijrah

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), Mustafa Omar menghembus nafas terakhir berikutan kesukaran bernafas selepas memberi ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai, semalam.


Difahamkan, beliau pulang ke rumah setelah menyampaikan ceramah itu berikutan mengalami sesak nafas.




BH Online




Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid ketika dihubungi berkata, Allahyarham yang berusia 51 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.


Beliau berkata, jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.


"Allahyarham adalah seorang yang baik keperibadiannya, dan sudah berkhidmat selama 26 tahun. Beliau masuk kerja sama dengan saya pada 1997.


"Allahyarham adalah seorang yang berilmu dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau memang mahir dalam bidangnya," katanya.


Terdahulu, Allahyarham menyelesaikan tugasan menyampaikan ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai yang disiarkan secara langsung melalui Facebook masjid itu.


Pada akhir ceramahnya, Allahyarham sempat berpesan mengenai kematian dengan menyatakan ia pasti akan berlaku, dan tidak perlu berbangga dengan harta dikumpul kerana hanya amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 11:33 AM | Show all posts
innalillahi wainna ilaihi rojiun...
Allahuakbar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:04 PM | Show all posts
Innalillahi...

Kalaulah dia extend ceramah sampai pukul 9 pagi kematian beliau akan lebih dicemburui.


Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:11 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-7-2023 12:04 PM
Innalillahi...

Kalaulah dia extend ceramah sampai pukul 9 pagi kematian beliau akan lebih dicemburu ...

sorry for TER chuckle along

anyway
salam takziah
next gi pusara my uncle
can visit his kubur also
bakri batu 6 tu dah almost full
mmg org muar kot arwah ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:27 AM | Show all posts
salam takziahh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:27 AM | Show all posts
salam takziahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 02:53 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada seorang lagi ustaz meninggal semasa beri kuliah subuh di shah alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071174 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list