Polis menahan tiga beradik lelaki yang menyamun menggunakan kapak dan pisau di tiga kedai telefon dalam daerah Kota Bharu. Utusa melaporkan, suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 36 tahun itu ditahan semasa berada di Jalan Kampung Sri Kulim, Melor, kira-kira pukul 8.15 malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan penahanan dibuat berikutan laporan diterima sejak Sabtu lalu. "Ketiga-tiga kejadian mempunyai modus operandi sama iaitu suspek masuk ke kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau, lalu mengacukan ke arah pekerja sebelum mengambil wang tunai serta telefon bimbit. "Bertindak atas maklumat dan risikan, satu operasi mengesan dan menangkap suspek dijalankan sebelum polis berjaya menahan tiga beradik itu," katanya menerusi satu kenyataan dipetik Harian Metro semalam.
Hasil semakan mendapati dua daripadanya mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah dan dua daripada mereka juga positif dadah. "Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT