CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 2

Polis Cekup Tiga Beradik Samun Kedai Telefon Dengan Kapak Di Kota Bharu

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan tiga beradik lelaki yang menyamun menggunakan kapak dan pisau di tiga kedai telefon dalam daerah Kota Bharu.


Utusa melaporkan, suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 36 tahun itu ditahan semasa berada di Jalan Kampung Sri Kulim, Melor, kira-kira pukul 8.15 malam Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan penahanan dibuat berikutan laporan diterima sejak Sabtu lalu.




Gambar hiasan




"Ketiga-tiga kejadian mempunyai modus operandi sama iaitu suspek masuk ke kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau, lalu mengacukan ke arah pekerja sebelum mengambil wang tunai serta telefon bimbit.


"Bertindak atas maklumat dan risikan, satu operasi mengesan dan menangkap suspek dijalankan sebelum polis berjaya menahan tiga beradik itu," katanya menerusi satu kenyataan dipetik Harian Metro semalam.


Hasil semakan mendapati dua daripadanya mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah dan dua daripada mereka juga positif dadah.


"Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2023 09:05 AM | Show all posts
siapa kepala? yang bongsu ke yang paling tua?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:23 PM | Show all posts
mesti anak kesayangan saja yang diikat jamin kan? haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.102948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list