CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Jumpa Kondom Dalam Itik Panggang Di Kafe Sekolah, Cef Buat Apa Masa Masak?

20-7-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1021| Komen: 5

Seorang pelajar sebuah sekolah vokasional di Guangzhou, China menerusi Weibo membuat pendedahan mengejutkan apabila menemui objek plastik seakan-akan kondom dalam makanannya.

Dalam satu klip video dimuat naiknya itu, pelajar berkenaan berkata, bahawa dia sedang menikmati hidangan itik panggang di kafeteria sekolahnya apabila melihat objek itu dalam makanan. 



Mothership

Dalam klip video berasingan, seorang lagi pelajar didengari bertanya ‘apa ini’ sebelum dia dan rakannya mengesyaki objek tersebut adalah kondom.

Pelajar bernama Li itu berkata, pihak sekolah telah menyewa sekolah vokasional itu untuk menganjurkan latihan selama 18 hari. Pada hari keenam iaitu Isnin lalu, mereka menemui kondom dalam makanan. 

Tidak lama selepas itu, sekolah vokasional Guangzhou mengeluarkan kenyataan bahawa semua kakitangan dapur dipertanggungjawabkan dan dihukum menerusi potongan gaji. Cef yang terlibat dalam kes itu juga akan dibuang kerja.


Pasukan khas turut ditubuhkan untuk menjalankan siasatan dalaman seperti mengesan sumber bahan mentah, risiko kesilapan dalam operasi serta menyemak operasi kantin.



Pihak sekolah kemudian dilaporkan memberitahu bahawa objek yang tidak diketahui itu adalah ‘membran bola mata itik’. 

Dalam kemas kini pada semalam, jabatan berkaitan telah campur tangan dalam kes itu sementara keputusan ujian belum dikeluarkan.

Menurut Biro Pengawasan dan Pentadbiran Pasaran Guangzhou semalam, kantin terbabit telah diarah tutup, manakala keadaan kesihatan pelajar dipantau dengan teliti. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 20-7-2023 11:15 AM
Itulah namanya special ingredient. Mesti customer ni banyak songeh.
Quote cikatilia 20-7-2023 11:35 AM
dia maksiat dgn si itik itu ke.. yekk
Quote mojarean_X 20-7-2023 11:39 AM
[fbp]https://fb.watch/lUpmFGw-m9/?mibextid=NnVzG8[/fbp]
Quote BumpIQ 20-7-2023 11:40 AM
kondom yang di jumpai dalam reban ayam adang masa @Bipolajourney2 tempuh 500km untuk pergi memancut mancut sebelah reban ayam tu ke?
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:56 AM
gelinyaa wekkkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.156131 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top