View: 856|Reply: 5
|
Pelajar Jumpa Kondom Dalam Itik Panggang Di Kafe Sekolah, Cef Buat Apa Masa Masak?
[Copy link]
|
|
Seorang pelajar sebuah sekolah vokasional di Guangzhou, China menerusi Weibo membuat pendedahan mengejutkan apabila menemui objek plastik seakan-akan kondom dalam makanannya.
Dalam satu klip video dimuat naiknya itu, pelajar berkenaan berkata, bahawa dia sedang menikmati hidangan itik panggang di kafeteria sekolahnya apabila melihat objek itu dalam makanan.
 Mothership
Dalam klip video berasingan, seorang lagi pelajar didengari bertanya ‘apa ini’ sebelum dia dan rakannya mengesyaki objek tersebut adalah kondom.
Pelajar bernama Li itu berkata, pihak sekolah telah menyewa sekolah vokasional itu untuk menganjurkan latihan selama 18 hari. Pada hari keenam iaitu Isnin lalu, mereka menemui kondom dalam makanan.
Tidak lama selepas itu, sekolah vokasional Guangzhou mengeluarkan kenyataan bahawa semua kakitangan dapur dipertanggungjawabkan dan dihukum menerusi potongan gaji. Cef yang terlibat dalam kes itu juga akan dibuang kerja.
Pasukan khas turut ditubuhkan untuk menjalankan siasatan dalaman seperti mengesan sumber bahan mentah, risiko kesilapan dalam operasi serta menyemak operasi kantin.
Pihak sekolah kemudian dilaporkan memberitahu bahawa objek yang tidak diketahui itu adalah ‘membran bola mata itik’.
Dalam kemas kini pada semalam, jabatan berkaitan telah campur tangan dalam kes itu sementara keputusan ujian belum dikeluarkan.
Menurut Biro Pengawasan dan Pentadbiran Pasaran Guangzhou semalam, kantin terbabit telah diarah tutup, manakala keadaan kesihatan pelajar dipantau dengan teliti.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah namanya special ingredient. Mesti customer ni banyak songeh.  |
|
|
|
|
|
|
|
dia maksiat dgn si itik itu ke.. yekk |
|
|
|
|
|
|
|
kondom yang di jumpai dalam reban ayam adang masa @Bipolajourney2 tempuh 500km untuk pergi memancut mancut sebelah reban ayam tu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|