Polis menahan supermodel Gigi Hadid selepas didakwa memiliki ganja ketika bercuti ke Pulau Cayman bersama rakan-rakannya dengan menaiki pesawat persendirian pada 10 Julai lalu. Independent melaporkan, semasa melalui pemeriksaan pihak Imigresen di lapangan terbang, pegawai polis mengeledah bagasi miliknya dan menemui ganja di dalam beg.
Susulan itu, model itu ditahan bersama rakannya dan dibawa ke pusat tahanan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Gigi juga dilaporkan sudah hadir ke mahkamah pada 12 Julai lalu dan mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan dikenakan denda sebanyak AS$1,000 (RM4,500). Menurut dokumen mahkamah, ganja berkenaan dibeli secara sah di New York namun penggunaan bahan itu dilarang bagi tujuan perubatan. "Gigi membeli ganja secara sah di New York Citu dengan lesen perbuatan. Ia juga sah untuk kegunaan perubatan di Grand Cayman sejak 2017," katanya.
Sumber: mStar
|
Yoonggi replied at 21-7-2023 11:50 AM
naper dorg ni perlu bergantung kpd benda tu eh? xleh ke have clean fun je?
laicibiru replied at 20-8-2023 04:33 PM
cantik dah tapi kaki dadih pulak
Page88 replied at 22-8-2023 01:19 AM
Well...nothing to be surprised by as most models are drug addicts. How else do you think they can ...
ADVERTISEMENT