CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sedia 52 Bukti Suami Curang Untuk Pertahan Hak Jagaan Anak

21-7-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 548| Komen: 2

Description: Peguam Inara Rusli memaklumkan suaminya, Virgoun yang curang, meminta izin isterinya untuk berpoligami dengan orang ketiga dalam rumah tangga mereka."Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beri ...
Peguam Inara Rusli memaklumkan suaminya, Virgoun yang curang, meminta izin isterinya untuk berpoligami dengan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

"Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beritahu mahu mengahwini wanita yang dikaitkan curang dengannya sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Detik.



IG

Tambahnya, Inara mendedahkan hubungan sulit Virgoun disebabkan sudah hilang sabar apabila penyanyi itu mengulangi perbuatan sama.

Bahkan, seperti yang didedahkan Inara, suaminya itu pernah menulis surat perjanjian tidak mahu lagi bermain kayu tiga.

Dalam masa sama, Inara juga sudah bersedia dengan 52 bukti bertulis bagi prosiding kes cerai mereka pada 26 Julai ini.

Segala bahan bukti bakal dikemukan supaya Inara dapat mempertahankan hak penjagaan anak.


IG


"Wanita mana yang boleh bersabar apabila suaminya secara terangan bersikap curang. Virgoun pernah membuat kenyataan bertulis tidak mahu curang lagi.

"Kalau ada sebarang bantahan dari pihak Virgoun, kami sudah sedia membela diri," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:03 AM
berapa bukti virgoun nak balas?
Quote lasagna 25-7-2023 09:09 AM
byk betul bukti dia kumpul.. hebat!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074575 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top