CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ariana Grande Tak Pakai Cincin Kahwin, Rupanya Sudah Berpisah Dengan Dalton Gomez Sejak Januari

18-7-2023 10:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3057| Komen: 50

Description: Kelibat penyanyi Ariana Grande membuat kemunculan di Wimbledon, London pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.TMZ melaporkan tindakan Ariana itu ...
Kelibat penyanyi Ariana Grande membuat kemunculan di Wimbledon, London pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

TMZ melaporkan tindakan Ariana itu sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangganya dengan Dalton Gomez sedang retak menanti belah.


Malah laporan turut menyebut Ariana dan Dalton sudah berpisah sejak Januari lalu.


Kemunculan Ariana di Wimbledon turut disertai oleh pelakon gandingannya dalam filem Wicked iaitu Jonathan Bailey dan Andrew Garfield.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Thank You, Next itu dikatakan kali terakhir mengenakan cincin perkahwinan di khalayak ramai pada April lalu ketika menghadiri konsert Jeff Goldblum di London.

Kenalan rapat pasangan berkenaan mendedahkan Ariana dan Dalton yang merupakan seorang ejen hartanah bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik meskipun bergelut dengan masalah rumah tangga.


"Keputusan berpisah dibuat secara bersama. Mereka menghadapi masalah sejak awal Januari tapi masih lagi berkawan baik," kata sumber terdekat pasangan itu.

Sementara itu, Dalton juga didakwa ada melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka namun tidak berjaya.

Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama.

Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Selubung 19-7-2023 01:42 AM
Jadi betul laa diorg dh berceraii ingatkan fake Ingatkan berkekalan sis tgk riana nampak happy kawen tp jodoh x lama.. x pe laa riana banyak lagi laki di luar sana
Quote gideoncross 19-7-2023 02:51 PM
Selubung replied at 19-7-2023 01:42 AM
Jadi betul laa diorg dh berceraii ingatkan fake  Ingatkan berkekalan sis tgk riana nampak happy k ...

Ariana G ni mmg xkn brtahan dgn siapa2 & dia ni pun bnyk darksides tpi biasalh, pnjilat bontot dia mna nak trima knyataan & Dalton ni pun rmai dh ckp dia sbnrnya bi. Gmbr recent mcm copy Pete Davidson.
Quote lanacondor 19-7-2023 03:42 PM
Cincin mutiara tu nenek Pete Davidson yg bagi la nokz..ex hubby dia sengkek bli diamond je tepek kt cincin tu.
Quote Selubung 19-7-2023 04:09 PM
gideoncross replied at 19-7-2023 02:51 PM
Ariana G ni mmg xkn brtahan dgn siapa2 & dia ni pun bnyk darksides tpi biasalh, pnjilat bontot dia ...

Kita bukan laa peminat riana ni so idok laa kita tahu dia banyak dark side
Quote meowww05 19-7-2023 06:42 PM
gideoncross replied at 19-7-2023 02:51 PM
Ariana G ni mmg xkn brtahan dgn siapa2 & dia ni pun bnyk darksides tpi biasalh, pnjilat bontot dia ...

Darksides apa pasal Ari? Wow. Ingatkan dia okok ja.
Quote laicibiru 19-7-2023 07:21 PM
dahsyat betul lensa paparazzi. Bermula dengan kantoi tak pakai cincin je, dah boleh dapat cerita full
Quote Prickford 20-7-2023 08:27 AM
Iolls suka tengok sheolls dgn Pete dulu2. Tapi tengok AG pon tahu sejenis kejap2 je ngam.
Quote mamajawie 20-7-2023 10:32 AM
lainnya muka AG ni..dulu sweet2 je..bru tau sheollss da kwen..
Quote jula7 20-7-2023 10:56 AM
banyak lak tattoos beliau di jemariii
Quote gideoncross 20-7-2023 12:13 PM
laicibiru replied at 19-7-2023 07:21 PM
dahsyat betul lensa paparazzi. Bermula dengan kantoi tak pakai cincin je, dah boleh dapat cerita ful ...

Bukn pasal paps je tpi fans dia yg nmpk dlu msa dia buat Live.
Quote gideoncross 20-7-2023 12:14 PM
mamajawie replied at 20-7-2023 10:32 AM
lainnya muka AG ni..dulu sweet2 je..bru tau sheollss da kwen..

Sbb dia ni dh bnyk kli alter muka dia, dri jdi black ke Asian.
Quote gideoncross 20-7-2023 12:15 PM
lanacondor replied at 19-7-2023 03:42 PM
Cincin mutiara tu nenek Pete Davidson yg bagi la nokz..ex hubby dia sengkek bli diamond je tepek kt  ...

Pete Davidson tu sengkek ke? Sllu famous kat SNL & sllu kna passed around kat Holiwud.
Quote gideoncross 20-7-2023 12:56 PM
Selubung replied at 19-7-2023 04:09 PM
Kita bukan laa peminat riana ni so idok laa kita tahu dia banyak dark side

Ariana G ni ahli kuat Illuminati, boleh bca banyak kat internet & skrg ni sntiasa alter muka.
Quote gideoncross 20-7-2023 02:07 PM
meowww05 replied at 19-7-2023 06:42 PM
Darksides apa pasal Ari? Wow. Ingatkan dia okok ja.

Rajin2 je bca psl dia ni kat internet, lgi2 psl Illuminati & psl kmatian late Mac Miller. Fans Ariana G ni je yg pnjilat bontot tegar, apaje yg Ariana G buat, smua x slah & dia ni iol prcya anorexia, sbb trlmpau kurus.
Quote lanacondor 20-7-2023 05:41 PM
Edited by lanacondor at 20-7-2023 05:45 PM
gideoncross replied at 20-7-2023 12:15 PM
Pete Davidson tu sengkek ke? Sllu famous kat SNL & sllu kna passed around kat Holiwud.


Bkn Pete yg sengkek. Ex husband dia si Dalton tu la. Cincin tu nenek Pete yg bg kan ms Ariana dgn Pete. Lps putus si Dalton tu bli diamond je tepek kt cincin nenek Pete bg tu. Tu yg kalau tgk cincin diamond tu senget.
Quote kkm123 21-7-2023 09:04 AM
Alahai.. semoga kak ari berjodohan lelaki yang baik nanti
Quote Yoonggi 21-7-2023 10:08 AM
aku plg ingat cite yg dia jilat donut kt kedai tu, pastu buh balik
Quote lasagna 21-7-2023 10:42 AM
gideoncross replied at 20-7-2023 12:56 PM
Ariana G ni ahli kuat Illuminati, boleh bca banyak kat internet & skrg ni sntiasa alter muka.

ohh serious ar dia geng Illu gak ppuan nih?
patut ler kaya lain maciam, ok laa nk tya pokcik google psal Ari ni.
Quote gideoncross 21-7-2023 08:04 PM
lanacondor replied at 20-7-2023 05:41 PM
Bkn Pete yg sengkek. Ex husband dia si Dalton tu la. Cincin tu nenek Pete yg bg kan ms Ariana dgn  ...

Ohh, no wonder diamond tu senget lol, klakar je. Btw Dalton & Ariana ni khwin pun buknnya sah, stakat vow je.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.193340 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top