CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lindsay Lohan Kini Bergelar Ibu, Bayi Lelaki Diberi Nama Luai

18-7-2023 10:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2303| Komen: 20

Description: Pelakon Lindsay Lohan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama di Dubai.Perkara tersebut disahkan oleh wakil aktres berkenaan seperti yang dipetik dari People memaklumkan Lindsay dan bayi berkena ...
Pelakon Lindsay Lohan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama di Dubai.

Perkara tersebut disahkan oleh wakil aktres berkenaan seperti yang dipetik dari People memaklumkan Lindsay dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.



"Lindsay Lohan dan suaminya, Bader Shammas selamat menyambut bayi lelaki dan mereka dalam keadaan sihat.

"Bayi tersebut diberi nama Luai. Seluruh ahli keluarga gembira dengan kehadiran bayi itu," ujar wakil berkenaan.

Nama yang dipilih itu membawa maksud kuat atau pelindung dalam bahasa Arab.

Bagaimanapun tarikh sebenar bayi itu dilahirkan dan maklumat terperinci tidak didedahkan.

Pada Mac lalu, pelakon Freaky Friday ini berkongsi khabar gembira dirinya hamil dan meluahkan rasa teruja untuk bergelar ibu.

Lindsay sebelum ini juga pernah memberitahu ingin mengurangkan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus kepada rumah tangga.


Pasangan ini berkahwin pada 2 Julai 2022.


SUmber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 19-7-2023 06:35 AM
Luai je? Kalau melayu letak nama mat saleh bukan main pnjg
Quote nazzse 19-7-2023 09:11 AM
Finally, so happy for her. Nampak bahagia betul skrg
Quote Buritan 19-7-2023 11:29 AM
acikonion: Luai je? Kalau melayu letak na ...


Nama mat Saleh tp muka... Hahahaha
Quote margo20 19-7-2023 02:01 PM
Ooh ingatkan bubuh leon ke led zeppelin ke
Quote Omai 19-7-2023 04:50 PM
dia ni bukan dulu geng lgbt ke?
Quote KirazMevsimi 19-7-2023 05:20 PM
Tahniah tahniah. Berita baik
Quote Antifake 19-7-2023 06:35 PM
Ok la tu. Getting better hopefully
Quote laicibiru 19-7-2023 07:26 PM
nazzse replied at 19-7-2023 09:11 AM
Finally, so happy for her. Nampak bahagia betul skrg

sheols memang bebas dari masalah ketagihan sepenuhnya dah ke?
Quote laicibiru 19-7-2023 07:27 PM
respect la jugak sebab sheols rajin nak pregnant. Certain celebs kan suka pakai surrogate
Quote shernazz 19-7-2023 07:57 PM
Takde Edisi kalkulator
Quote Tiggybiru 19-7-2023 10:51 PM
Wow congrats Lindsay Lohan..so happy for her
Quote Prickford 20-7-2023 08:40 AM
laicibiru replied at 19-7-2023 11:27 AM
respect la jugak sebab sheols rajin nak pregnant. Certain celebs kan suka pakai surrogate

Kannn...Yg surrogate tu kalau mmg takleh pregnant langsung lain cerita lah, ni mcm sejenis pemalas nak carry baby for 9 months, pastu guna surrogate. Bila dpt baby, acah2 terrrpaling penat pregnant.

Quote babelina 20-7-2023 09:55 AM
Yayyyyy best nya dgr dia dh bsalin.. suka sgt dia dari kecik dia blakon..
Quote Begbiru 20-7-2023 01:01 PM
ramai nak surrogate sbb nak jaga body. Khloe pun surrogate, pastu ada masalah nak ada attachment ngan baby tu sbb baby tu x kenal heartbeat khloe, lebih kenal heartbeat & suara ibu yg mengandungkan dia.  
Quote iolss 20-7-2023 06:19 PM
nampak bahagia dia skrg... tahniah lindsay
Quote lasagna 21-7-2023 09:48 AM
waa happy nampak sheol..
iols rasa kalau dulu sheol tak buat hal, berlakon lagi dia ni..
Quote cikperiukkera 22-7-2023 04:40 PM
Congrat mean girlllll… nasib baik sheols bahagia skrg & x npk tingtong mcm bekas bff acik britney..paris hilton pn nampak happy je dh jd mak2 skrg..
Quote Addrianna 23-7-2023 11:32 AM
i'm just happy that lindsay survived everything she did & she's still with us and happy.She's awesome.congrats mychildhood crush

Quote Addrianna 23-7-2023 11:39 AM
cikperiukkera replied at 22-7-2023 04:40 PM
Congrat mean girlllll… nasib baik sheols bahagia skrg & x npk tingtong mcm bekas bff acik britney.. ...

kan.bila tengok lindsay dan paris aman2 je skrg ni walaupun dulu gila punya teruk tingtong dan macam2 bad story pasal mereka sebab masing2 pun dapat jantan yang meyakinkan hidup pun terus happy.unlike britney sedih tengok life dia sekarang tengok ig dia macam x betul saja.aku suka 3 orang ni mychildhood crush hopely life britney dia pun macam paris dan lindsay

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.096998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top