Khabar kematian penyanyi yang juga pencetus lahirnya beg berjemawa mewah Hermes Birkin mengundang duka buat dunia hiburan dan glamor Perancis. Jane Birkin, 76, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya pada Ahad lalu. Bagaimanapun, punca kematian wanita itu belum diumumkan.
Sebelum ini, Birkin pernah lumpuh selama dua tahun sebelum membatalkan banyak siri jelajahnya. Berita kematian itu turut menarik perhatian Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menerusi bebenang di Twitter menyifatkan penyanyi itu adalah seorang penghibur yang mendendangkan kata indah dalam lagunya. Tidak hanya terkenal sebagai penyanyi, Birkin juga adalah seorang pelakon dan dilabel sebagai ikon fesyen. Sumber: Gempak |
gold_teeth replied at 18-7-2023 08:59 AM
Pengasas birkin jugak ke
ADVERTISEMENT