CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tertekan Hingga Dapatkan Rawatan Psikiatri, Pelakon Terkenal Takut Keluar Rumah Lepas Diugut Sebar Video Porno

17-7-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 647| Komen: 5

Description: Diugut dengan penyebaran video lucah membuat Hasninda Ramadhani mengalami masalah tekanan sehingga terpaksa mendapat rawatan psikiatri.Perkara tersebut dimaklumkan peguam kepada pelakon berusia 30 tah ...
Diugut dengan penyebaran video lucah membuat Hasninda Ramadhani mengalami masalah tekanan sehingga terpaksa mendapat rawatan psikiatri.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam kepada pelakon berusia 30 tahun itu, yang turut memberitahu anak guamnya itu takut untuk menggunakan media sosial dan enggan keluar rumah.



IG

“Hasninda terkejut dengan ugutan individu berkenaan dan kini berada dalam keadaan tertekan. Dia sudah dibawa berjumpa psikiatri untuk mendapatkan nasihat.

“Dia juga takut untuk melakukan aktiviti di luar rumah serta aktif di media sosial kerana individu tersebut sering memerhati,” jelas peguam kepada Hasninda seperti yang dipetik dari Detik.

Berhubung ugutan yang diterima, pihak Hasninda telah membuat laporan polis dan berharap individu berkenaan segera ditahan.

Hasninda sebelum ini menerima ugutan melalui pesanan di Instagram dan emel dari seorang individu yang mendakwa memiliki video porno aktres berkenaan.



IG

Malah individu itu juga turut meminta wang berjumlah Rp 20 juta (RM6,000) sebagai bayaran agar tidak menyebarkan video tersebut.

“Video itu disunting untuk merosakkan kerjaya anak guam saya. Individu itu juga meminta wang jika mahu video itu selamat. Kami yakin Hasninda tidak terlibat dalam hal ini,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-7-2023 10:09 AM
so maksudnya sheollss memang ada la vid porno kan?
Quote prettyuglybabe 17-7-2023 10:10 AM
kalau tak buat nak takut apa...
so kalau dah takut tu, faham-faham sendiri la..
Quote jiwakacau06 17-7-2023 01:07 PM
xknal pn nama ni..nia ramadhani knl la...
muka pn plastic surgery...
Quote imransulaiman 17-7-2023 02:45 PM
Kasihan.. Kalau takut ni, maksudnya memang ada buat video lah kan?
Quote Yoonggi 21-7-2023 11:47 AM
yeah, klu x buat, rilek2 je p cari pengugut tu, bwk ke muka pengadilan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042674 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top