CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa, Anak, Menantu Ditahan Jual Vape Perisa Ganja Ditahan

17-7-2023 08:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 568| Komen: 5

Segamat:Taktik licik tiga beranak menjual campuran cecair ganja dalam botol cecair vape akhirnya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kegiatan tiga beranak berkenaan tumpas hasil risikan berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan pasangan suami isteri, masing-masing berusia 24 tahun di rumah mereka di sekitar Paya Pulai, di sini kira-kira pukul 5 petang, 15 Julai lalu.

“Dalam pemeriksaan di rumah pasangan itu, kita menemukan satu plastik lutsinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair vape bercampur cecair ganja bernilai RM5,600 mengandungi antara 10 hingga 70 mililiter (ml).

“Pada hari yang sama, pasangan itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun yang juga bapa suspek lelaki pada pukul 9.45 malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang  turut dihadiri Timbalannya, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.


Pihak polis turut merampas 58 botol cecair vape dipercayai campuran jus ganja dan  menemukan serbuk methamphetamine.

“Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut, polis menemukan 31 botol cecair vape bercampur cecair jus ganja dengan berat kasar tiap botol antara 10  sehingga 190 ml dengan anggaran nilai RM6,240.

“Rampasan keseluruhannya berjumlah RM11,840 di kedua-dua kediaman terbabit,” katanya sambil memaklumkan cecair tersebut diedarkan kepada para penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar daerah ini.

Kegiatan menjual cecair vape di pusat hiburan atau kepada individu mengikut permintaan itu mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek menyuntik cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape sebelum ditutup semula. Difahamkan sebotol cecair vape dicampur jus ganja ini berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan pelan pembelian mampu rasa termasuk kepada para pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952.

Ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 24 tahun positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan mencuri. 


Sumber: Utusan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 17-7-2023 09:48 PM
Kedai vape makin bersyepah syepah.
Quote sharlenetexas 17-7-2023 09:59 PM
Mak mana?


Quote acikonion 18-7-2023 06:33 AM
Ni baru la bisnes anak beranak
Quote nolya 18-7-2023 12:12 PM
Adanya cerita begini, maka pemerintah perlu ambil satu pendekatan yg lebih sirius dn tegas. Cecair vape yg berperisa ganja hanyalah satu permulaan, esok2 entah apa2 pula jeis2 dadah dicampurkan.  Jgn nanti ramai remaja/orag muda yg dah rosak baru vape nak diharamkan. Apa nak jadi dgn rakyat M'sia.
Quote Supersirap 18-7-2023 01:54 PM
Janganlah salah guna dengan kebebasan yang diberi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.172916 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top