CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 5

Bapa, Anak, Menantu Ditahan Jual Vape Perisa Ganja Ditahan

[Copy link]
Post time 17-7-2023 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Segamat:Taktik licik tiga beranak menjual campuran cecair ganja dalam botol cecair vape akhirnya terbongkar.


Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kegiatan tiga beranak berkenaan tumpas hasil risikan berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.






“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan pasangan suami isteri, masing-masing berusia 24 tahun di rumah mereka di sekitar Paya Pulai, di sini kira-kira pukul 5 petang, 15 Julai lalu.


“Dalam pemeriksaan di rumah pasangan itu, kita menemukan satu plastik lutsinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair vape bercampur cecair ganja bernilai RM5,600 mengandungi antara 10 hingga 70 mililiter (ml).


“Pada hari yang sama, pasangan itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun yang juga bapa suspek lelaki pada pukul 9.45 malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang  turut dihadiri Timbalannya, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.


Pihak polis turut merampas 58 botol cecair vape dipercayai campuran jus ganja dan  menemukan serbuk methamphetamine.


“Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut, polis menemukan 31 botol cecair vape bercampur cecair jus ganja dengan berat kasar tiap botol antara 10  sehingga 190 ml dengan anggaran nilai RM6,240.


“Rampasan keseluruhannya berjumlah RM11,840 di kedua-dua kediaman terbabit,” katanya sambil memaklumkan cecair tersebut diedarkan kepada para penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar daerah ini.


Kegiatan menjual cecair vape di pusat hiburan atau kepada individu mengikut permintaan itu mula aktif sejak beberapa bulan lalu.


“Suspek menyuntik cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape sebelum ditutup semula. Difahamkan sebotol cecair vape dicampur jus ganja ini berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan pelan pembelian mampu rasa termasuk kepada para pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5,” katanya.


Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952.


Ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 24 tahun positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan mencuri.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai vape makin bersyepah syepah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak mana?


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 06:33 AM | Show all posts
Ni baru la bisnes anak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:12 PM | Show all posts
Adanya cerita begini, maka pemerintah perlu ambil satu pendekatan yg lebih sirius dn tegas. Cecair vape yg berperisa ganja hanyalah satu permulaan, esok2 entah apa2 pula jeis2 dadah dicampurkan.  Jgn nanti ramai remaja/orag muda yg dah rosak baru vape nak diharamkan. Apa nak jadi dgn rakyat M'sia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:54 PM | Show all posts
Janganlah salah guna dengan kebebasan yang diberi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037543 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list