KUANTAN – Seorang ibu kecewa dengan sebuah klinik kesihatan di Bentong yang didakwaa gagal mengesan tanda awal masalah anaknya yang telah meninggal dunia hari ini. Di Facebook, Erma Iswani berkata, dia hadir ke klinik kesihatan tersebut pukul 11.30 pagi pada 12 Julai lalu membawa anaknya yang berusia dua tahun enam bulan untuk diperiksa.
“Anak saya telah mengalami cirit birit dari tengah malam hingga ke pagi sebanyak 21 kali. Saya juga turut memberitahu doktor bahawa anak saya tidak aktif seperti kebiasaan dan doktor sedia maklum mengetahui anak saya seorang OKU (orang kelainan upaya) yang mempunyai masalah GDD (Global Developmental Delay),” tulisnya. Namun petugas kesihatan di klinik terbabit, dakwanya, hanya memberi preskripsi tiga peket ubat air garam bagi menyembuhkan kemungkinan keracunan makanan setelah memeriksa kulit, perut dan suhu badan bayinya.
“Saya rasa agak risau kerana mata (anak) dah mula kelihatan tenggelam dan sedikit kecewa kerana saya mengharapkan (doktor) beri arahan untuk refer ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada. “Saya juga lihat kaki anak kemerahan berbintik sambil berfikir, takkan la doktor tu tak nampak kaki anak aku,” katanya. Bimbang melihat keadaan anak yang kelihatan sangat berbeza daripada biasa – Erma mendapatkan pandangan kedua di sebuah klinik swasta berhampiran. Menurut Erma, berbeza dengan pemeriksaan di klinik kesihatan itu, doktor di klinik swasta terbabit menyarankan agar pihak klinik menguji darah anaknya bagi sebarang jangkitan virus. Namun alangkah terkejutnya dia apabila doktor memberitahu bacaan darah putih anaknya terlalu tinggi dan meminta mereka terus ke Hospital Bentong. “Dalam pukul 3 petang, saya bawak anak saya ke Wad Kecemasan Hospital Bentong dalam keadaan sudah lembik dan tidak sedarkan diri. Hancur hati saya mengusung anak dalam keadaan macam itu,” luahnya. Erma memberitahu, anaknya terpaksa ditidurkan kerana keadaannya sangat kritikal dan pada hari sama juga dihantar ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) di Hospital Temerloh untuk menerima rawatan. Pada 14 Julai lalu, dia kembali ke klinik kesihatan yang sama untuk mendapatkan penjelasan doktor yang tidak dapat mengesan masalah kesihatan anaknya dalam pemeriksaan sebelum ini. “Saya sangat terkilan bila dia jawab bahawa prosedur klinik kerajaan berdasarkan keadaan anak ketika itu tidak memerlukan darahnya untuk diambil. “Kalau benarlah itu prosedur klinik kesihatan kerajaan sekarang, saya sangat hampa,” luahnya lagi. Dalam tulisannya, Erma memberitahu, anak keduanya itu telah meninggal dunia pada pukul 9.34 pagi tadi. Setakat ini tiada maklumbalas daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk kenyataan lanjut.- CARI Sumber: MalaysiaGazette |
Lentera replied at 18-7-2023 02:55 AM
Anak cirit berkali kali dari tengah malam. Esoknya jam 11.30 pagi dah nak masuk tengahari baru ko na ...
pichee replied at 18-7-2023 04:16 AM
Rotavirus ke? Sbb klu rotavirus mmg berpotensi cirit more than 20 kali beserta muntah
mejaputih replied at 18-7-2023 06:59 AM
Rasanya..tp sepatutnya KK tu terus refer ke hospital...
sang_kuriang replied at 18-7-2023 05:40 AM
Itulah, dah satu malam anak cirit birit, nampak mata tenggelam, pukul 1130 baru nak g KK..kenapa t ...
sang_kuriang replied at 18-7-2023 05:40 AM
Itulah, dah satu malam anak cirit birit, nampak mata tenggelam, pukul 1130 baru nak g KK..kenapa t ...
Samerosie replied at 18-7-2023 09:15 AM
Maaf ye kalau anak dah cirit birit beberapa jam kenapa tunggu sampai 21 kali baru nak hadap gi klini ...
ADVERTISEMENT