View: 2640|Reply: 53
|
Budak 2 Tahun Enam Bulan Cirit 21 Kali- Ibu Dakwa KK Di Bentong Gagal Kesan Penyakit, Punca Anak Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
KUANTAN – Seorang ibu kecewa dengan sebuah klinik kesihatan di Bentong yang didakwaa gagal mengesan tanda awal masalah anaknya yang telah meninggal dunia hari ini.
Di Facebook, Erma Iswani berkata, dia hadir ke klinik kesihatan tersebut pukul 11.30 pagi pada 12 Julai lalu membawa anaknya yang berusia dua tahun enam bulan untuk diperiksa.
Gambar Hiasan
“Anak saya telah mengalami cirit birit dari tengah malam hingga ke pagi sebanyak 21 kali. Saya juga turut memberitahu doktor bahawa anak saya tidak aktif seperti kebiasaan dan doktor sedia maklum mengetahui anak saya seorang OKU (orang kelainan upaya) yang mempunyai masalah GDD (Global Developmental Delay),” tulisnya.
Namun petugas kesihatan di klinik terbabit, dakwanya, hanya memberi preskripsi tiga peket ubat air garam bagi menyembuhkan kemungkinan keracunan makanan setelah memeriksa kulit, perut dan suhu badan bayinya.
“Saya rasa agak risau kerana mata (anak) dah mula kelihatan tenggelam dan sedikit kecewa kerana saya mengharapkan (doktor) beri arahan untuk refer ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada.
“Saya juga lihat kaki anak kemerahan berbintik sambil berfikir, takkan la doktor tu tak nampak kaki anak aku,” katanya.
Bimbang melihat keadaan anak yang kelihatan sangat berbeza daripada biasa – Erma mendapatkan pandangan kedua di sebuah klinik swasta berhampiran.
Menurut Erma, berbeza dengan pemeriksaan di klinik kesihatan itu, doktor di klinik swasta terbabit menyarankan agar pihak klinik menguji darah anaknya bagi sebarang jangkitan virus.
Namun alangkah terkejutnya dia apabila doktor memberitahu bacaan darah putih anaknya terlalu tinggi dan meminta mereka terus ke Hospital Bentong.
“Dalam pukul 3 petang, saya bawak anak saya ke Wad Kecemasan Hospital Bentong dalam keadaan sudah lembik dan tidak sedarkan diri. Hancur hati saya mengusung anak dalam keadaan macam itu,” luahnya.
Erma memberitahu, anaknya terpaksa ditidurkan kerana keadaannya sangat kritikal dan pada hari sama juga dihantar ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) di Hospital Temerloh untuk menerima rawatan.
Pada 14 Julai lalu, dia kembali ke klinik kesihatan yang sama untuk mendapatkan penjelasan doktor yang tidak dapat mengesan masalah kesihatan anaknya dalam pemeriksaan sebelum ini.
“Saya sangat terkilan bila dia jawab bahawa prosedur klinik kerajaan berdasarkan keadaan anak ketika itu tidak memerlukan darahnya untuk diambil.
“Kalau benarlah itu prosedur klinik kesihatan kerajaan sekarang, saya sangat hampa,” luahnya lagi.
Dalam tulisannya, Erma memberitahu, anak keduanya itu telah meninggal dunia pada pukul 9.34 pagi tadi.
Setakat ini tiada maklumbalas daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk kenyataan lanjut.- CARI
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Saman je kak pihak klinik & doktor tu. Budak kecik, dah lebih 21 kali cirit, kurang aktif patutnya refer terus ke hospital, masuk air. Taknak ambil darah kat klinik tu pun takpelah. Boleh buat blood test kat hospital terus.
Peringatan jugak kepada parents. Kalau anak kecil cirit-birit atau muntah lebih 5x, nampak lesu terus je bawak gi hospital. Lantakkan jela kalau orang kata mak2 ni kalut tak tentu arah, overthinking ke hape pedulikan je semua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp doctor kt klnik xmsokkn air dan refer kt hospital????budak kecik ptut dberi keutamaan...
Knp mkin byk masalah kt hospital kerajaan?
Bebanan kerja ke?kurang staff?....
Lpsni kalau ank mkn mnum muntah lebih 4 5kli sama mcm cirit juga ...kalau cirit 4 5 kali....terus je g hospital....xpyh g klnik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak cirit berkali kali dari tengah malam. Esoknya jam 11.30 pagi dah nak masuk tengahari baru ko nak sampai klinik? Sementara tu ko buat apa? Tido? |
|
|
|
|
|
|
|
Rotavirus ke? Sbb klu rotavirus mmg berpotensi cirit more than 20 kali beserta muntah |
|
|
|
|
|
|
|
Lentera replied at 18-7-2023 02:55 AM
Anak cirit berkali kali dari tengah malam. Esoknya jam 11.30 pagi dah nak masuk tengahari baru ko na ...
Itulah, dah satu malam anak cirit birit, nampak mata tenggelam, pukul 1130 baru nak g KK..kenapa tak ke hospital terus, adeh maknya pun |
|
|
|
|
|
|
|
pichee replied at 18-7-2023 04:16 AM
Rotavirus ke? Sbb klu rotavirus mmg berpotensi cirit more than 20 kali beserta muntah
Rasanya..tp sepatutnya KK tu terus refer ke hospital... |
|
|
|
|
|
|
|
as a parent bila anak cirit byk kali x kisah la siang ke mlm bwk la ke clinic / spital (kalau berduit clinic spital private) kalau x bwk je ke spital kerajaan..memang la lambat tapi at least budak tu dpt rawatan xyah la tunggu sampai esok bwk nak bwk ke clinic..doc dgn nurse apa ke sila la buat keja memasing sbb kekadang suma suka buat mcm xde benda cincai sembang mcm nyawa pesakit xde makna… |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pichee at 18-7-2023 08:05 AM
mejaputih replied at 18-7-2023 06:59 AM
Rasanya..tp sepatutnya KK tu terus refer ke hospital...
For me, KK tu klu sakit2 biasa or yg blh nk tgu lama..
Tp i pernah je g klinik swasta, tme tu ank i cirit birit more than 5 times dlm 1 hr. Doktor pn ckp benda yg sama, cirit birit biasa n bg ors tu je. I pn balik rumah.
Tp, i rse there is something wrong. Sbb x kn la cirit birit ni teruk sgt n cair sgt. I terus bwk g emergency.
Dan ank i masuk red zone yea. Syukur Alhamdulillah instinct i btl utk tak tgu lama nl bwk g hospital. Ank i disahkan rotavirus. dan kne drip almost 4 botol.
Tu pn i terbaca kt emergency pnye pintu, rawatan segera jika ada
1. Cirit birit berpanjangan
2. Muntah/ batuk berdarah
3. Sesak nafas
Yg len i x igt. Nnt i igt i update lg |
|
|
|
|
|
|
|
Anak iols pernah jadi camni. In a day, more than 20x cirit. Masa dia cirit more than 10x in like 4hrs, i terus bawa dia ke klinik swasta. Same case like forumer Pichee, doc bagi ors je sebab anak i aktif, takde muntah, not dehydrated. Demam apa yillek. Iols pun balik bagi ors for 2-3 days, tapi cirit dia sama je.
Until hari ke3, almost a bag diapers finished in a day. Iols terus bawa dia ke avisena, doc tak banyak cakap, terus warded anak iols. Blood test, saliva test whatever done, tapi he not rotavirus, not viral fever.
Xray… so doctor kata maybe ada mucus/phlegm dah tertolak ke perut, irritates perut n causing cirit. Bontot anak iols memang melecet teruk la. Bayangkan now birit, another 5mins cirit lagi. Warded for 2 weeks sebab still cirit till hari ke 11. Cuma frequency tu memang berkurang la.
As for this parents case, kadang maybe tak tahu nak buat apa… yelah, pergi klinik, doc kata takde apa. Mesti la trust the doctor kan. Ilmu pun kurang agaknya. Plus Bentong ada ke hospital swasta? Maybe berkira-kira juga nak pergi hospital sebab jauh |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup tunggu sampai pagi bawak g klinik. Aku ni dulu anak demam tgh malam selalu redah emergency spital kol 2 3 pagi. Ko bole ek tido time anak sakit. Aku tak bole. Budak ni kalau amek vaksin rotavirus still bole kena lg ker? Ke dia tak ambil. Kalau private spital mmg ada jadual vaksin termasuk rotavirus.. spital gomen pun kot.. kot la sbb aku tak gi gomen. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pada keluarga anak kecik ni
Cuma sikit nasihat yg petugas kesihatan selalu pesan dekat i. Bila melibatkan anak kecik ni kita kena cepat bertindak. Kalau anak demam on off, batuk selsema teruk, hilang selera makan atau cirit birit bawa je anak2 ke hospital terus. Kecemasan hospital ni diaorg akan dahulukan anak2 kecik
Pengalaman I sendiri ada anak yg sakit asthma n selalu ulang alik hospital. Pukul 2 3 pagi kalau nampak anak susah bernafas mmg i terus bawak dia ke hospital n x tunggu sampai pagi atau sampai KK buka. Jarak rumah i ke KK 5 minit n jarak ke hospital 10-15 minit
I pernah g KK sbb alahan mengandung yg sebabkan muntah berterusan n hilang air dlm badan. Doktor KK terus suruh nurse masukkan air n hantar i ke hospital. Cepat2 doktor tulis surat n nurse temankan i ke hospital naik ambulans. Merasa lah jugak bermalam dekat wad
Kes ni mmg terang2 salah doktor KK tu yg buat pemeriksaan sambil lewa n x refer budak tu ke hospital terdekat |
|
|
|
|
|
|
|
sang_kuriang replied at 18-7-2023 05:40 AM
Itulah, dah satu malam anak cirit birit, nampak mata tenggelam, pukul 1130 baru nak g KK..kenapa t ...
Bukan kita nak kecam tapi bila baca kronologi kes ni rasanya pihak ibu bapa budak ni pun ada salah diaorg. Dia dah nampak anak dia x sihat n kurang air tapi dia x bawa ke hospital terus. Lepas balik drp KK dia bawa anak dia g klinik swasta pulak kan? Kalau tengok anak teruk bawa je terus ke hospital. Pukul 2 3 pagi pun redah je bawak anak ke kecemasan. Jangan takut n jgn risau sbb kecemasan hospital mmg dahulukan budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
anak iols pnah kene rota virus
dan bau cirit tu lain mcm ye busuk die.. x mcm cirit biase
pastu muntah2 skali
baru masuk wad bape minit, bape kali cadar katil kene tukar
sbb anak xsempat nk gi toilet.. bdn pun lembik semacam |
|
|
|
|
|
|
|
kenapala bawak kk bawak la p spital terus. nak rujuk2 padia g trus hospital laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kdg mak pak ni handbag kasut rim kereta ko bole beli tp nk bwk anak gi klinik bayor sikit punya berkira.. dh teruk kak 21x bdk kecik plak tu.
Tenang la adik kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ye kalau anak dah cirit birit beberapa jam kenapa tunggu sampai 21 kali baru nak hadap gi klinik esp bila anak tu besar ni. Dah cirit birit tak berenti terus je ke spital jgn buang masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan....patut kalu nak sakit mcm tu tgh mlm tu jugak bawa ke hospital, bukan clinic.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la pasal. pelik mak nye pun ank 21 kali cirit baru nk bwk p spital? org dewasa yg cirit 5 kali pun boleh lembik inikan pulak budak kecik. ofkos budak tu dh xlalu makan, dehydrated teruk lepas tu expect nurse nk tlg selamatkan saat2 kritikal mcmtu.. lebih baik cegah dari rumah dulu sebelum terlambat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaa dh la baby..i yg tua pun aritu berhari hari cerry berry masa raya..20kali masuk toilet...hazabedah bethol..nangis ok sbb dh xlarat..allergik mkn udang je pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|