Perit melunaskan hutang pinjaman dengan Along belum berakhir walaupun selepas berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman RM51,000. Lelaki dihantui 'azab ngeri' mula apabila Along terbabit mendakwa dirinya masih berhutang.
Malah, lebih malang dan memalukan apabila Along terbabit turut menyebarkan poster gambar mangsa, dikenali Muhammad Shahmie, 25, di kawasan Kampung Laksamana, Gombak, dekat sini, pada 14 Jun lalu. Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kejadian itu, Muhammad Shahmie berkata, dia pernah membuat pinjaman dengan Along sebanyak RM32,000 dan berjaya melangsaikan hutang itu pada awal tahun ini sebanyak RM51,000. Menurutnya, selepas itu dia sudah tidak mahu membuat pinjaman lagi kerana bimbang dengan keselamatan diri.
"Bagaimanpun pada hujung Mei lalu, ketika berada di rumah di Gombak, dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya Along dan memberitahu saya masih berhutang RM20,000. "Dia juga meminta saya menjelaskan hutang terbabit jika tidak mahu rumah disimbah cat namun saya menafikan masih berhutang kerana sudah menjelaskannya," katanya ketika hadir membuat aduan di Pejabat MCA, di sini, hari ini. Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Selayang pada 31 Mei lalu dan 14 Jun lalu berhubung kejadian ini. Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 178 kes Along seperti ini membabitkan jumlah pinjaman RM15.4 juta. Menurutnya, mereka yang membuat pinjaman dengan Along dinasihatkan menyimpan rekod bukti menjelaskan bayaran dan mengambil dokumen pinjaman itu supaya tidak digunakan sekali lagi oleh Along untuk memerangkap peminjam konon masih berhutang. Sumber: Harian Metro
|
noor2 replied at 18-7-2023 07:46 AM
Along ni scammer dan perompak paling kejam..elok dibunuh semua...
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...
noor2 replied at 18-7-2023 07:55 AM
Oh..best ke citer tu...tapi x minat keanu reeve...hehe..minat jason statham lagi
krustykrab replied at 18-7-2023 08:03 AM
Keanu dah tua ni mcm tk herlok kan...jason tu walau botak tp nmpk herlokkkkk
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...
pokokmeranti replied at 18-7-2023 08:24 AM
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang dipo ...
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:28 AM
kenapa along kacau orang taman u?
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:28 AM
kenapa along kacau orang taman u?
dekmieDandy replied at 18-7-2023 10:58 AM
nak bagi malu kat peminjam tu kot
bila orang taman dah tau, mesti orang taman tu hambat peminjam ...
pokokmeranti replied at 18-7-2023 08:24 AM
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang dipo ...
pokokmeranti replied at 18-7-2023 01:28 PM
tiada siapa dalam taman yang kenal dgn peminjam.
dekmieDandy replied at 18-7-2023 02:28 PM
maknanya ahlong tu lar kena scam
dapat alamat palsu
supernaturalee replied at 18-7-2023 01:58 PM
iols plk dorg wsp
cerita sekian2 psl jiran ni pny hutang
siap ada gmbr dgn surat perjanjian
pokokmeranti replied at 18-7-2023 04:44 PM
ada juga kes macam nie. along masa nak bagi pinjam dia ambil semua no contact dalam phone. sekali ...
ADVERTISEMENT