View: 1748|Reply: 20
|
Along Tak 'Lepas' Walau Hutang RM51,000 Dah Selesai, Tiba-tiba Dakwa Belum Habis Bayar
[Copy link]
|
|
Perit melunaskan hutang pinjaman dengan Along belum berakhir walaupun selepas berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman RM51,000.
Lelaki dihantui 'azab ngeri' mula apabila Along terbabit mendakwa dirinya masih berhutang.
Muhammad Shahmie bersama Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong membuat aduan berkaitan penipuan Along yang mendakwa dirinya masih berhutang. FOTO IHSAN MCA
Malah, lebih malang dan memalukan apabila Along terbabit turut menyebarkan poster gambar mangsa, dikenali Muhammad Shahmie, 25, di kawasan Kampung Laksamana, Gombak, dekat sini, pada 14 Jun lalu.
Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kejadian itu, Muhammad Shahmie berkata, dia pernah membuat pinjaman dengan Along sebanyak RM32,000 dan berjaya melangsaikan hutang itu pada awal tahun ini sebanyak RM51,000.
Menurutnya, selepas itu dia sudah tidak mahu membuat pinjaman lagi kerana bimbang dengan keselamatan diri.
"Bagaimanpun pada hujung Mei lalu, ketika berada di rumah di Gombak, dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya Along dan memberitahu saya masih berhutang RM20,000.
"Dia juga meminta saya menjelaskan hutang terbabit jika tidak mahu rumah disimbah cat namun saya menafikan masih berhutang kerana sudah menjelaskannya," katanya ketika hadir membuat aduan di Pejabat MCA, di sini, hari ini.
Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis di Balai Polis Selayang pada 31 Mei lalu dan 14 Jun lalu berhubung kejadian ini.
Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 178 kes Along seperti ini membabitkan jumlah pinjaman RM15.4 juta.
Menurutnya, mereka yang membuat pinjaman dengan Along dinasihatkan menyimpan rekod bukti menjelaskan bayaran dan mengambil dokumen pinjaman itu supaya tidak digunakan sekali lagi oleh Along untuk memerangkap peminjam konon masih berhutang.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala along... Selagi boleh pusing dia pusing nk perah habis2 |
|
|
|
|
|
|
|
Along ni scammer dan perompak paling kejam..elok dibunuh semua... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 18-7-2023 07:46 AM
Along ni scammer dan perompak paling kejam..elok dibunuh semua...
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...
Oh..best ke citer tu...tapi x minat keanu reeve...hehe..minat jason statham lagi |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 18-7-2023 07:55 AM
Oh..best ke citer tu...tapi x minat keanu reeve...hehe..minat jason statham lagi
Keanu dah tua ni mcm tk herlok kan...jason tu walau botak tp nmpk herlokkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 18-7-2023 08:03 AM
Keanu dah tua ni mcm tk herlok kan...jason tu walau botak tp nmpk herlokkkkk
Iyerrr cik ketam....mcm tu la pandangan mata ai...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 18-7-2023 08:20 AM
Penguatkuasa majlis agama patutnya bantu polis tangkap semua scammer along penipu ni. Jenayah riba lagi berdosa besar berbanding zina. Tapi kerja tangkap along ni lagik susah kut banding tangkap org berzina. Nak kena ada skill macam john wick |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 18-7-2023 07:53 AM
Mangsa tu patut jadi macam John Wick. Bunuh semua along yg duk kacau dia dari bawah sampai atas. : ...
Setuju. Kalo btl strategi x susah pun nak hapuskan org. Tp tu la kena ada strategi. |
|
|
|
|
|
|
|
taman I dah kena kacau along, random antar 'ugutan' kepada org taman. ramai yg dapat surat yang diposkan hanya ada alamat tanpa nama. semua pakat buat report polis. org yg tak terlibat jadi mangsa kacau |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa along kacau orang taman u?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi malu kat peminjam tu kot
bila orang taman dah tau, mesti orang taman tu hambat peminjam tu suruh bayar dekat ahlong tu
|
|
|
|
|
|
|
|
push factor utk suruh org taman paksa si pemimjan bayar. tapi semua penduduk taman tak kenal dgn wajah peminjam
|
|
|
|
|
|
|
|
tiada siapa dalam taman yang kenal dgn peminjam.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols plk dorg wsp
cerita sekian2 psl jiran ni pny hutang
siap ada gmbr dgn surat perjanjian
mmg sah2 lah terpampang muka
|
|
|
|
|
|
|
|
maknanya ahlong tu lar kena scam
dapat alamat palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
heran sgt polis langsung tak boleh lumpuhkan along. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan along tu peduli/tahu kena scammed. risau akan datang simbah cat ke rumah yg xde kaitan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada juga kes macam nie. along masa nak bagi pinjam dia ambil semua no contact dalam phone. sekali x bayar dia pergi hantar pada kenalan
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
dok pk mcm tu jgk
klu x mcmn tiba2 masuk wsp dr org tak dikenali
tp isi bergambarnya adalah jiran kita
btw jiran iol tu x lm lps dpt wsp tu dia pindah balik kg
|
|
|
|
|
|
|
| |
|