CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teh O Ganti Susu, Hidup Terlalu Perit Lepas Cerai Dengan Biawak Hidup

17-7-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1049| Komen: 8

Masalah kewangan antara faktor perkahwinan seawal usia 16 tahun, hanya mampu bertahan tiga tahun.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Sofea, 21, memberitahu, dia berkahwin seawal usia 16 tahun selepas disarankan ahli keluarga yang tidak senang melihat pergaulan sosialnya.


Katanya, selepas dikurniakan anak pertama pada usia 19 tahun, dia berdepan kon­flik bersama suaminya yang enggan lagi bekerja di bengkel motosikal dengan gaji RM35 sehari.


Gambar hiasan

“Dia (suami) kejap kerja kejap tak kerja. Akhirnya kami bercerai, nak hidup macam mana jika suami enggan cari duit,” katanya kepada Kosmo!.

Sofea berkata, sejak bergelar ibu tunggal, dia bergelut mencari wang untuk membesarkan anaknya dan mengambil upah sebagai pembantu kedai makan dengan gaji hanya RM25 sehari.

“Setiap pukul 5.30 pagi pula, saya sudah bangun buat nasi lemak dan kuih-muih. Saya hantar ke kedai-kedai makan. Duit itu digunakan untuk menampung keperluan hidup,” ujarnya.


Katanya, dia pernah mengikat perut dan hanya menikmati nasi goreng kosong selama dua minggu dan hanya mampu memberikan bayinya air teh o sebagai pengganti susu.

“Janji ada beras sahaja di rumah, saya akan jadikannya nasi goreng walaupun tiada perencah. Keperitan hidup membuatkan saya pernah terfikir untuk beri anak saya kepada orang lain.

“Bagaimanapun, ibu saya, yang juga ibu tunggal sering memberi sokongan dan galakkan untuk tidak berputus asa, dia juga ada membantu saya melalui hasil jualan kuih-muihnya,” ujar Sofea.

Sementara itu, Batrisya, 20, memberitahu, dia telah berkahwin pada usia 17 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Ujarnya, isu kewangan merupakan cabaran besar buatnya, tambahan pula dia adalah anak sulung dan lima adiknya masih kecil serta bersekolah.

“Ibu saya seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pekerja pembersihan, begitu juga suami berusia 24 tahun yang berpendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

“Ketika itu, saya berusaha setiap hari menjual produk secara dalam talian dan memperoleh keuntungan sekitar RM50 setiap minggu, duit itulah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Saya dan suami duduk bersama ibu, lima adik yang lain kini berusia antara 18 tahun sehingga 7 tahun.

“Kahwin di usia muda memang mencabar kerana banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, sepatutnya di usia remaja, kita menyambung pengajian di universiti,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 17-7-2023 08:05 PM
Salah sendiri tentang masa depan. Tp itulah dh takdir dia. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote bulanbulat 17-7-2023 08:31 PM
Sambung belajar pun pakai duit dik. Org kita berhutang lupa pengajian tu kena bayar.
Cuma x la susah hati dengan anak
Quote Decaffeinated 17-7-2023 09:19 PM
akibat percaya kawen itu satu penyelesaian.

Quote mojarean_X 17-7-2023 09:25 PM
Mak ibu tunggal anak pun ibu tunggal. Rantaian yg x pernah putus
Quote TOPwind 17-7-2023 09:33 PM
ada org tu bapak dia - bapa tunggal

mak dia pulak - ibu tunggal

dia pulak anak tunggal

tapi tulah nenek dia dah meninggal

atok dia pulak - atok tunggal

Quote lattehazelnut 17-7-2023 09:35 PM
Edited by lattehazelnut at 17-7-2023 09:37 PM

Time berita mcm ni yg gebang andartu2 xlaku diskaun 90% or masalah negara  menikus..
Or masalah rumah tangga pape haram nak muncul..
Quote kawaiichicken 17-7-2023 09:36 PM
nak tanya jee..kalau hidup camnih camne nak start dari bawah yaa? business ke? ada ke kerja tetap?
Quote CiliPadiSedap 17-7-2023 09:59 PM
kawaiichicken replied at 17-7-2023 09:36 PM
nak tanya jee..kalau hidup camnih camne nak start dari bawah yaa? business ke? ada ke kerja tetap?

kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja  kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja

bisnes 90% gagal. dengan stress emosi, baik kerja dulu pg bercuti jalan2. bisnes sesuai kalau ada cash lebih ada skill. baru bisnes dengan modal paling minimum.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.083316 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top