View: 877|Reply: 8
|
Teh O Ganti Susu, Hidup Terlalu Perit Lepas Cerai Dengan Biawak Hidup
[Copy link]
|
|
Masalah kewangan antara faktor perkahwinan seawal usia 16 tahun, hanya mampu bertahan tiga tahun.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Sofea, 21, memberitahu, dia berkahwin seawal usia 16 tahun selepas disarankan ahli keluarga yang tidak senang melihat pergaulan sosialnya.
Katanya, selepas dikurniakan anak pertama pada usia 19 tahun, dia berdepan konflik bersama suaminya yang enggan lagi bekerja di bengkel motosikal dengan gaji RM35 sehari.
Gambar hiasan
“Dia (suami) kejap kerja kejap tak kerja. Akhirnya kami bercerai, nak hidup macam mana jika suami enggan cari duit,” katanya kepada Kosmo!.
Sofea berkata, sejak bergelar ibu tunggal, dia bergelut mencari wang untuk membesarkan anaknya dan mengambil upah sebagai pembantu kedai makan dengan gaji hanya RM25 sehari.
“Setiap pukul 5.30 pagi pula, saya sudah bangun buat nasi lemak dan kuih-muih. Saya hantar ke kedai-kedai makan. Duit itu digunakan untuk menampung keperluan hidup,” ujarnya.
Katanya, dia pernah mengikat perut dan hanya menikmati nasi goreng kosong selama dua minggu dan hanya mampu memberikan bayinya air teh o sebagai pengganti susu.
“Janji ada beras sahaja di rumah, saya akan jadikannya nasi goreng walaupun tiada perencah. Keperitan hidup membuatkan saya pernah terfikir untuk beri anak saya kepada orang lain.
“Bagaimanapun, ibu saya, yang juga ibu tunggal sering memberi sokongan dan galakkan untuk tidak berputus asa, dia juga ada membantu saya melalui hasil jualan kuih-muihnya,” ujar Sofea.
Sementara itu, Batrisya, 20, memberitahu, dia telah berkahwin pada usia 17 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Ujarnya, isu kewangan merupakan cabaran besar buatnya, tambahan pula dia adalah anak sulung dan lima adiknya masih kecil serta bersekolah.
“Ibu saya seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pekerja pembersihan, begitu juga suami berusia 24 tahun yang berpendapatan sekitar RM1,500 sebulan.
“Ketika itu, saya berusaha setiap hari menjual produk secara dalam talian dan memperoleh keuntungan sekitar RM50 setiap minggu, duit itulah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Saya dan suami duduk bersama ibu, lima adik yang lain kini berusia antara 18 tahun sehingga 7 tahun.
“Kahwin di usia muda memang mencabar kerana banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, sepatutnya di usia remaja, kita menyambung pengajian di universiti,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Salah sendiri tentang masa depan. Tp itulah dh takdir dia. Semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung belajar pun pakai duit dik. Org kita berhutang lupa pengajian tu kena bayar.
Cuma x la susah hati dengan anak |
|
|
|
|
|
|
|
akibat percaya kawen itu satu penyelesaian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ibu tunggal anak pun ibu tunggal. Rantaian yg x pernah putus |
|
|
|
|
|
|
|
ada org tu bapak dia - bapa tunggal
mak dia pulak - ibu tunggal
dia pulak anak tunggal
tapi tulah nenek dia dah meninggal
atok dia pulak - atok tunggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 17-7-2023 09:37 PM
Time berita mcm ni yg gebang andartu2 xlaku diskaun 90% or masalah negara menikus..
Or masalah rumah tangga pape haram nak muncul.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya jee..kalau hidup camnih camne nak start dari bawah yaa? business ke? ada ke kerja tetap?
|
|
|
|
|
|
|
|
kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerjakerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja
bisnes 90% gagal. dengan stress emosi, baik kerja dulu pg bercuti jalan2. bisnes sesuai kalau ada cash lebih ada skill. baru bisnes dengan modal paling minimum.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|