Kajang: Dua lelaki suspek pecah rumah dan curi kabel membuat cubaan berani dengan memandu melawan arus bagi melarikan diri daripada pemeriksaan polis. Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil apabila kedua-dua suspek berjaya ditangkap, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dari anggota kereta peronda polis (MPV) berhubung kejadian kejar-mengejar melibatkan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max berwarna perak. Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis sebelum memandu melawan arus di kilometer 20.9 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sehingga berlaku kemalangan dengan kenderaan awam. “Hasil pemeriksaan, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 31 dan 30 tahun. “Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan turut menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh digunakan untuk melakukan kesalahan jenayah pecah rumah dan curi kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.
|
ADVERTISEMENT