CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Festival Muzik Lebam Otak, Maut Selepas Jenguk Ke Dalam Silinder ‘Water Jet’

15-7-2023 08:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 651| Komen: 1

Kematian kakitangan menyebabkan festival muzik dijadualkan berlangsung hari ini dan esok (15 & 16 Julai) di Osaka, Jepun dibatalkan semalam, lapor laman berita Mothership.

Seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja di lokasi festival muzik Waterbomb itu maut terkena semburan ‘water jet’ semasa sesi raptai semalam.



Mothership

Dia ditemui tidak sedarkan diri berhampiran water jet itu dan disahkan meninggal dunia di hospital kira-kira sejam selepas mengalami kecederaan di kepala dan lebam otak.

Menurut polis, mesin pancuran air itu dilaporkan beroperasi ketika kejadian dan seorang lagi pekerja menyaksikan kakitangan lelaki itu menjenguk ke dalam silinder yang menyembur air.

Alat pemancut air itu diletakkan di bahagian bawah pentas dan direka untuk menyimbah air ke arah penonton. Kelajuan air yang dipancutkan ialah 120 kilometer sejam.


Polis sedang menyiasat kejadian itu kerana disyaki berlaku kecuaian sehingga menyebabkan kematian, lapor NTV News.

Waterbomb adalah festival muzik global yang akan mengadakan lebih banyak konsert di bandar-bandar di Korea Selatan dan Jepun. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 17-7-2023 08:14 AM
yang pergi jenguk dalam silinder air tu kenapa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050832 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top