CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dalam Perjalanan Pengebumian Maut Kemalangan

15-7-2023 08:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 467| Komen: 1

Bera: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghadiri pengebumian bapa saudaranya maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 36 Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu mangsa, Muhammad Faris Halimin Azlin, 22 yang dalam perjananan dari Felda Kemasul bagi menghadiri pengebumian bapa saudaranya di Temerloh.

Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 36 Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang, di Bera hari ini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori dari arah Temerloh telah memasuki simpang kanan ke Triang itu tanpa memberi laluan kepada mangsa yang sedang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR menyebabkan pelanggaran.


“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 16-7-2023 09:06 AM
Mesti laju sangat kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.041649 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top