Model Halima Aden cukup terkenal dalam dunia fesyen antarabangsa. Wanita itu adalah warganegara Amerika Syarikat berketurunan Somalia, dia mula melakar nama apabila menjadi peserta pertama Miss USA yang mengenakan hijab dan berjaya menjadi semi-finalis Miss Minessota USA 2016.
Sejak itu, wanita berusia 26 tahun ini tidak lagi menoleh ke belakang. Namanya menjadi popular dan dia dilamar untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkemuka. Dia menjadi pilihan pelbagai jenama antarabangsa dek kecantikannya dan juga kelainan yang ditonjolkan sebagai hijabi. Namun seiring dengan berkembang kerjayanya, dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima apabila sesetengah pihak tidak menghormati dirinya sebagai wanita berhijab. Wanita berkulit hitam manis ini menyatakan yang terdapat situasi yang mana dia dipaksa menutup rambutnya dengan cara yang tidak mengikut syariat dan bertentangan dengan kepercayaannya sebagai seorang muslim.
Sekitar penghujung 2020, Halima mengumumkan dia mahu mengundurkan diri dari dunia fesyen dan menumpukan kepada dunia kebajikan. Dia juga hanya menerima kolaborasi fesyen yang melambangkan dirinya sebagai wanita muslim dengan hijab yang dipakai sempurna.
|
_blackbird replied at 15-7-2023 12:07 PM
kalau nak bina career dlm dunia celeburit yg bertudung ni tak payah la berangan nak join package ska ...
krustykrab replied at 15-7-2023 03:25 PM
Setuju sgt.. iols paling tak suka netizen yg dok paksa retis bertudung nih. Dah bertudung tp still ...
_blackbird replied at 15-7-2023 04:16 PM
aku pon. apa ntah netijen expect entertainer nak berkelubung. kalau nak berkelubung jgn ...
krustykrab replied at 15-7-2023 04:28 PM
Ataupun keje la kat kedai tomyam kt kg baru ka keje gomen ka, keje bank ka.
Dunia hiburan ni buka ...
_blackbird replied at 15-7-2023 04:37 PM
kerja kedai tomyam lambat kaya . jadi pakar motipbasi atau consultant ok kot aritu ...
krustykrab replied at 15-7-2023 06:05 PM
Si brp sesi pulak nk kna habiskn baru boleh berenti 100%
Mudah nau buat duit dgn air liur.. mesti ...
krustykrab replied at 15-7-2023 12:01 PM
Perkara biasa, kat malaysia pun ada..
Yg minah jepun apa nama tah, tajima ka, dulu tu jual tudung, s ...
ADVERTISEMENT