CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2275|Reply: 20

Model Terkenal Dahulu Lantang Pertahan Hijab Sekarang Pakai Tudung Tapi Dah Tunjuk Rambut

[Copy link]
Post time 15-7-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Model Halima Aden cukup terkenal dalam dunia fesyen antarabangsa.


Wanita itu adalah warganegara Amerika Syarikat berketurunan Somalia, dia mula melakar nama apabila menjadi peserta pertama Miss USA yang mengenakan hijab dan berjaya menjadi semi-finalis Miss Minessota USA 2016.






Sejak itu, wanita berusia 26 tahun ini tidak lagi menoleh ke belakang. Namanya menjadi popular dan dia dilamar untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkemuka. Dia menjadi pilihan pelbagai jenama antarabangsa dek kecantikannya dan juga kelainan yang ditonjolkan sebagai hijabi.


Namun seiring dengan berkembang kerjayanya, dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima apabila sesetengah pihak tidak menghormati dirinya sebagai wanita berhijab.


Wanita berkulit hitam manis ini menyatakan yang terdapat situasi yang mana dia dipaksa menutup rambutnya dengan cara yang tidak mengikut syariat dan bertentangan dengan kepercayaannya sebagai seorang muslim.


Sekitar penghujung 2020, Halima mengumumkan dia mahu mengundurkan diri dari dunia fesyen dan menumpukan kepada dunia kebajikan. Dia juga hanya menerima kolaborasi fesyen yang melambangkan dirinya sebagai wanita muslim dengan hijab yang dipakai sempurna.


  



Namun pada Jun 2023 yang lalu, Halima yang memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram ini mengejutkan ramai apabila dia tampil dengan gaya selendang yang memperlihatkan rambut pada dua hantaran terkini di Instagram.


Menerima lebih kurang 100 ribu tanda suka untuk kedua-dua gambar beserta ribuan pertanyaan ramai, dia menutup ruangan komen dan sehingga kini tidak lagi mengemaskini Intagramnya sejak tiga minggu lalu.


Perkara ini mengejutkan ramai apatah lagi dia merupakan figura yang sebelum ini lantang mempertahankan hijab dalam dunia fesyen antarabangsa.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara biasa, kat malaysia pun ada..
Yg minah jepun apa nama tah, tajima ka, dulu tu jual tudung, skrg pun dah hilang tudungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:07 PM | Show all posts
kalau nak bina career dlm dunia celeburit yg bertudung ni tak payah la berangan nak join package skali awal2 bermatian2 pertahankan aurat ko tu atas nama dakwah ke apa ke.. dugaan dunia celeburit tak sama dengan dugaan dengan kerja dlm bidang keparat, 99% akan hanyut. baik diam je tak payah becok hal agama & prinsip hidup, hujung2 ko buang prinsip ko lagi kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ikut yuna zarai le tu, nmpk leher biji halkum semue utk kejar popularity holliwood
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:48 PM | Show all posts
moga tertutup kembali jambul tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik dia bertutup tu..xyah seksi seksa sbb dah mmg manis muka
harap hang bertutup balik ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh lantang, bila kena ujian hah baru ko tau susah ke senang nk kekang rasa nk melawa tu. Ruginya dah elok2 pegi buka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:18 PM | Show all posts
Retis tanah ayer tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sheols..pakai tudung bunga2 sedondon dgn dress pun lawo
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-7-2023 12:07 PM
kalau nak bina career dlm dunia celeburit yg bertudung ni tak payah la berangan nak join package ska ...

Setuju sgt.. iols paling tak suka netizen yg dok paksa retis bertudung nih. Dah bertudung tp still nak belakon menyanyi bagai. Kejadah. Sama gak.la dgn seletburit tu semua, tak kira jantan betina. Ujung² dah stress tak dpt nak tahan dugaan darah muda, ko balik ke kulit asal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:16 PM | Show all posts
krustykrab replied at 15-7-2023 03:25 PM
Setuju sgt.. iols paling tak suka netizen yg dok paksa retis bertudung nih. Dah bertudung tp still ...

aku pon. apa ntah netijen expect entertainer nak berkelubung. kalau nak berkelubung jgn jadi retis la.. jadi lah setajah takpon pakar motipbasi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iman ada naik turun.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-7-2023 04:16 PM
aku pon. apa ntah netijen expect entertainer nak berkelubung.  kalau nak berkelubung jgn ...

Ataupun keje la kat kedai tomyam kt kg baru ka keje gomen ka, keje bank ka.

Dunia hiburan ni bukan utk yg bertudung.ikut sgt netijen jadi la mcm ema ikan kembung, aqua senros tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:37 PM | Show all posts
krustykrab replied at 15-7-2023 04:28 PM
Ataupun keje la kat kedai tomyam kt kg baru ka keje gomen ka, keje bank ka.

Dunia hiburan ni buka ...

kerja kedai tomyam lambat kaya . jadi pakar motipbasi atau consultant ok kot aritu kan aku ada jumpa masa seminar, not sure apa yg patut panggil dia ni, dia doktor phsycology ke phsychiatrist. maybe therapist kot , masa kitorg borak2 tu dia ckp la dia ada method yg 100% effective utk smoker yg nak berenti smoking, 1 session RM800 utk 1 jam masyuk wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kerana dia sudah sedar
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 05:20 PM | Show all posts
ada acik meols kenal , sblm pegi haji and selepas balik haji pun kekal free hair
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 05:22 PM | Show all posts
nyonya semah  mansorrr pun baper kali pegi haji kannnnn.. berselendang nipis aje. sama le some binik2 sotan, binik2 vvip

so kena bukak tered ke for each of them? ke kome nak hencap berjemaah satu kali jalan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-7-2023 04:37 PM
kerja kedai tomyam lambat kaya . jadi pakar motipbasi atau consultant ok kot  aritu ...

Si brp sesi pulak nk kna habiskn baru boleh berenti 100%

Mudah nau buat duit dgn air liur.. mesti anak ketiak jijang semang aka sifuayaglioq
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:15 PM | Show all posts
krustykrab replied at 15-7-2023 06:05 PM
Si brp sesi pulak nk kna habiskn baru boleh berenti 100%

Mudah nau buat duit dgn air liur.. mesti ...

therapist tu cina. ntah dia kata 1x session dah success kalau bukan sebab depression. gittew dia bgtau aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-7-2023 12:01 PM
Perkara biasa, kat malaysia pun ada..
Yg minah jepun apa nama tah, tajima ka, dulu tu jual tudung, s ...

Tajima tu masih islam ke? Dah famous jual tudung lepas masuk islam, tiba2 je buka pulakkkk. Susah nak istiqamah jecuali yg dari awal tinggalkan segala mekap dan fashion. Ada sorang american yg aku folo kat ig. Cilibling. Tu pon dah mula buka. Biar lah. Dah tua esok pakai la balik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.134253 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list