Siasatan berhubung tiga keping gambar tular di Facebook memaparkan dua batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tempat anjing tidur masih diteruskan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan pihaknya mengesan gambar tersebut ditularkan semalam dan berdasarkan siasatan awal kejadian itu berlaku di sebuah kedai barang perkakasan di kawasan Teluk Air Tawar.
"Polis turut menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki hari ini berhubung hantaran di aplikasi media sosial TikTok milik akaun isterinya berkaitan gambar sama. "Menerusi hantaran itu, seorang pengguna pemilik akaun TikTok telah meninggalkan komen iaitu 'rider PBA tanya owner kedai kata jangan sibuk' pada gambar berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata lelaki yang membuat laporan polis itu tidak mengenali pemilik akaun TikTok yang meninggalkan komen tersebut dan tujuan dia membuat laporan polis kerana terkilan dengan pemilik kedai perkakasan berkenaan yang tidak menghormati agama Islam.
Mohd Asri berkata pihaknya telah menghubungi pengendali laman Facebook Kementerian Nitizen Malaysia bagi memadam hantaran yang tular itu, selain turut menghubungi pemilik kedai perkakasan dan pemilik akaun TikTok untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Katanya lawatan pihak polis ke lokasi kejadian mendapati dua batu tertera tulisan ayat al-Quran itu telah tiada di tempat yang ditularkan. "Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1997," katanya. Menurutnya orang ramai dinasihatkan agar memadam dan tidak menularkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama Islam dan mengelak berlakunya kejadian tidak diingini. Sumber: Harian Metro
|
Carcosa replied at 15-7-2023 12:38 AM
Meols dah tgk dkt Twi-Er
Tapi takut nak sebarkan kat sini, huhu
Jgn PM meols. Takut ...
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2023 07:34 AM
Siapa tau terjemahanya?
Innrukia replied at 15-7-2023 07:06 AM
Melayu jer terpakai larangan 3R ni.
Utk depa & konco pengkhianat ok je
Skuau replied at 15-7-2023 07:18 PM
itula beza Lencai ngn Luncai...ye...tuan2,puan2...
kakikuDibibirmu replied at 15-7-2023 08:25 PM
Lancau betul
Friska replied at 15-7-2023 07:28 AM
Tionghua Indonesia ndak akan punya nyali bikin ulah keq gini
ADVERTISEMENT