CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2711|Reply: 30

Tular Gambar Batu Tertera Ayat Al-Quran Dijadikan Pelapik Anjing - 'Owner Kedai Kata Jangan Sibuk'

[Copy link]
Post time 14-7-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Siasatan berhubung tiga keping gambar tular di Facebook memaparkan dua batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tempat anjing tidur masih diteruskan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan pihaknya mengesan gambar tersebut ditularkan semalam dan berdasarkan siasatan awal kejadian itu berlaku di sebuah kedai barang perkakasan di kawasan Teluk Air Tawar.




Gambar hiasan




"olis turut menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki hari ini berhubung hantaran di aplikasi media sosial TikTok milik akaun isterinya berkaitan gambar sama.


"Menerusi hantaran itu, seorang pengguna pemilik akaun TikTok telah meninggalkan komen iaitu 'rider PBA tanya owner kedai kata jangan sibuk' pada gambar berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata lelaki yang membuat laporan polis itu tidak mengenali pemilik akaun TikTok yang meninggalkan komen tersebut dan tujuan dia membuat laporan polis kerana terkilan dengan pemilik kedai perkakasan berkenaan yang tidak menghormati agama Islam.


Mohd Asri berkata pihaknya telah menghubungi pengendali laman Facebook Kementerian Nitizen Malaysia bagi memadam hantaran yang tular itu, selain turut menghubungi pemilik kedai perkakasan dan pemilik akaun TikTok untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Katanya lawatan pihak polis ke lokasi kejadian mendapati dua batu tertera tulisan ayat al-Quran itu telah tiada di tempat yang ditularkan.


"ihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1997," katanya.


Menurutnya orang ramai dinasihatkan agar memadam dan tidak menularkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama Islam dan mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke aku tak faham berita ni camna
Someone pls simplify
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols dah tgk dkt Twi-Er
Tapi takut nak sebarkan kat sini, huhu
Jgn PM meols. Takut nnti berangkut henfon murah meols ke balairongseri
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengong betul.. biadap..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman phancing ni banyak betul bangsa pendatang bikin onar mencabar Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:57 AM | Show all posts
Sebagai contoh, Jikalau guna arabic bible seperti dalam kes ini orang Islam marah tak kerana ejaan Allah dan banyak lagi sebutan dan ejaan  yang sama seoerti al Quran?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 07:06 AM | Show all posts
Melayu jer terpakai larangan 3R ni.
Utk depa & konco pengkhianat ok je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 07:28 AM | Show all posts


Tionghua Indonesia ndak akan punya nyali bikin ulah keq gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 07:34 AM | Show all posts
Siapa tau terjemahanya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda dia cerita nie? Tak berapa nak paham..haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 09:09 AM | Show all posts
nampak mcm batu kepung kubur terbuang xpakai
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 15-7-2023 12:38 AM
Meols dah tgk dkt Twi-Er
Tapi takut nak sebarkan kat sini, huhu
Jgn PM meols. Takut  ...

Alah penakut lah kau sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2023 07:34 AM
Siapa tau terjemahanya?

nampak mcm rabbanaghfirli waliwalidayya. kalau yg tu ayat yg bermaksud wahai tuhan kami ampuni daku dan kedua ibubapaku.. ada ayat quran tapi ada jugak doa, kena tgk sambungan perkataan lepas waliwalidayya tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 09:54 AM | Show all posts
pihak berkuasa hanya berani kepada orang Melayu sahaja ka? ini adalah pertanyaan bukan kenyataan, kerana tiada tindakan diambil pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya batu pekung kubur ni dah lama/terbiar. Pemilik anjing jumpa dan bawa balik, jadikan tempat tidur anjing. Agaknya dia pun tak tahu apa benda ni. Someone can let him knows what is.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok pada gambar, itu kedai pembuat acuan seni dari konkrit. Kat papan tanda kedai tertera jelas.

Mungkin ada orang tempah, astu kensel order atau tak bayau atau orang tu ghoib ke... tuan kedai pun letaklah mana².
Lama sangat, tengok pada tulisan pun dah pudar warna emasnya tu kesan dari anjing tu tido.

Jadi, nak kata salah cina kedai pembuat acuan seni konkrit 100% pun tabley jugak.

Kita jangan ekspek semua oang cina kenai budaya/agama oang melayu, sepertimana jua oang melayu tak berapa ekselen 100% tentang budaya/agama oang cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 15-7-2023 07:06 AM
Melayu jer terpakai larangan 3R ni.
Utk depa & konco pengkhianat ok je

itula beza Lencai ngn Luncai...ye...tuan2,puan2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-7-2023 07:18 PM
itula beza Lencai ngn Luncai...ye...tuan2,puan2...

Lancau betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-7-2023 08:25 PM
Lancau betul


'Biarkan LUNCAI terjun dengan labunya'-Lencai
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 15-7-2023 11:51 PM
Friska replied at 15-7-2023 07:28 AM
Tionghua Indonesia ndak akan punya nyali bikin ulah keq gini


Mestilah sebab dah kena ganyang habis2san dengan kaum ko masa Rusuhan Indonesia tahun 1998 dolu.
Lagik jahat kejam namampos kaum ko siap puak2 ko bakor kedai, curik rampok segala reta mcm zombie kebuloq kekdahnyer, eh yg lagik puaka pergi r*g*l pompuan sampai ramai yg terpaksa larik kuar dari negara ko. Puak2 ko letewww!

https://www.bbc.com/indonesia/dunia-44134808

https://soscili.my/rusuhan-indonesia-1998-dari-krisis-kewangan-ke-sentimen-perkauman/
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065139 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list