Pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, Sofyank, terus melebarkan sayap di peringkat antarabangsa menerusi kerjasama dengan pelakon Australia, Chris Hemsworth dan pengarah, pelakon koordinator lagak ngeri, Sam Hargrave.
Sofyank, 27, berkongsi buah tangan terbarunya itu dengan pengikutnya menerusi hantaran video di media sosialnya. Menerusi video dimuat naik, kelihatan Sofyank melakonkan babak bersama dua pelakon berkenaan dalam kereta api. "Alhamdulillah pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa 'shooting' (penggambaran) bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave. "Harap awak semua terhibur dengan video ini. Terima kasih," tulisnya.
|
OshinDaSolja replied at 13-7-2023 09:38 PM
respek dkt beliau ni walaupun sskjp,, so talented and passionate
Decaffeinated replied at 13-7-2023 10:36 PM
apa pulak 'walaupun'
memang sskjp banyak melahirkan bakat dalam semua bidang pun. kamu sahaja kot ...
ADVERTISEMENT