View: 1596|Reply: 12
|
Sofyank Buat Hal Lagi, Dengan Thor Pula!
[Copy link]
|
|
Pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, Sofyank, terus melebarkan sayap di peringkat antarabangsa menerusi kerjasama dengan pelakon Australia, Chris Hemsworth dan pengarah, pelakon koordinator lagak ngeri, Sam Hargrave.
Sofyank, 27, berkongsi buah tangan terbarunya itu dengan pengikutnya menerusi hantaran video di media sosialnya.
 Foto: Harian Metro
Menerusi video dimuat naik, kelihatan Sofyank melakonkan babak bersama dua pelakon berkenaan dalam kereta api.
"Alhamdulillah pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa 'shooting' (penggambaran) bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.
"Harap awak semua terhibur dengan video ini. Terima kasih," tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang berbangga dengan hasil karya pemuda kelahiran Kelantan itu.
"Wah! Mantap hebatlah Sofyank.Bakal menjadi pengarah terhebat nanti," tulis pengguna FB, Suhaimi Mie.
"Dahsyat, teruskan kerja yang hebat. Terus tingkatkan lagi kemahiran ke aras lebih tinggi," tulis Shue Aina.
Pertengahan bulan lalu, Sofyank mengumumkan perkembangannya yang akan tampil dengan video silap mata terbaru menyaksikan kerjasamanya dengan Anthony Ramos, pelakon utama filem 'Transformers: Rise of the Beast'.
Menurut Sofyank, penggambaran video itu dijalankan di Singapura.
Sofyank mula mendapat perhatian selepas menerima jemputan untuk bertemu idolanya, pereka kandungan digital terkenal dunia Zach King di Jakarta, Indonesia pada 2019.
Sejak itu, Sofyank semakin dikenali dan sering mendapat pujian setiap kali berkongsi hasil kreativitinya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke patut letak si softyank ni kat dlm APBH ?
nak sebaris dengan arief yong dan youtubers lain2.
Softyank ni tahap international. |
|
|
|
|
|
|
|
cmni baru betul tatakelola effort atas kaki sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
respek dkt beliau ni walaupun sskjp,, so talented and passionate |
|
|
|
|
|
|
|
apa pulak 'walaupun'
memang sskjp banyak melahirkan bakat dalam semua bidang pun. kamu sahaja kot yang tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 13-7-2023 10:36 PM
apa pulak 'walaupun'
memang sskjp banyak melahirkan bakat dalam semua bidang pun. kamu sahaja kot ...
I see,, ok baik la... they deserved appraisal in some aspects but hopefully they improve in cleanliness please...iollz tak suka klau kotor2 ni nnt orang ingat Malaysia ni kotor, padahal kita bukan mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kru pon x leh nak catch thor . Power sofyank. I hope adalah idealist n scripwriter yg bagus kt malaysia kerjasama dgn sofyank ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lagi video edit bini lopak.
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sopian so takented tp klau kcak lagi bonus |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni... meosl suke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni humble tak humbelbrag meolls suka wpon sskjp.. ekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|