CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari Pemilik Toyota Alphard Guna 'Strobe Light'

13-7-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 552| Komen: 2

Polis akan memanggil pemilik Toyota Alphard yang dikesan kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu tular di media sosial Facebook memaparkan kenderaan terbabit menggunakan 'strobe light' tanpa kebenaran.



Polis akan memanggil pemilik Toyota Alphard yang dikesan menggunakan 'strobe light' ketika melalui Lebuhraya NKVE pada Rabu.

"Hasil pemerhatian, insiden itu tidak melibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

"Pemilik kenderaan jenis Toyota Alphard itu akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Inspektor Mohamad Khairil Helmi di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.


Katanya, polis mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

"Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan memanggil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang," ujarnya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 13-7-2023 03:39 PM
Ohhh aku slalu ingt tuh keter mayat..cina2 kan suka lavish2 nih
Quote shernazz 13-7-2023 05:22 PM
Selalu kereta mayat Guna..
Hari tu iols tengok ada Alphard Guna perkataan kereta jenazah
Tapi dalam keranda n bunga2...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061506 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top