CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 2

Polis Cari Pemilik Toyota Alphard Guna 'Strobe Light'

[Copy link]
Post time 13-7-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Polis akan memanggil pemilik Toyota Alphard yang dikesan kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Rabu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu tular di media sosial Facebook memaparkan kenderaan terbabit menggunakan 'strobe light' tanpa kebenaran.




Polis akan memanggil pemilik Toyota Alphard yang dikesan menggunakan 'strobe light' ketika melalui Lebuhraya NKVE pada Rabu.




"Hasil pemerhatian, insiden itu tidak melibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.


"emilik kenderaan jenis Toyota Alphard itu akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Beliau berkata, kes disiasat oleh Inspektor Mohamad Khairil Helmi di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.


Katanya, polis mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.


"ihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan memanggil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang," ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh aku slalu ingt tuh keter mayat..cina2 kan suka lavish2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kereta mayat Guna..
Hari tu iols tengok ada Alphard Guna perkataan kereta jenazah
Tapi dalam keranda n bunga2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.207029 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list