Seorang bapa dikenali sebagai Taufik gemar mengutip barang terbuang membuatkan keluarganya dianggap daif oleh jiran tetangga. Disebabkan itu, ada yang bertindak mendermakan barang terpakai seperti perabot dan pakaian kepada mereka.
Perangai lelaki berkenaan menjadi punca pergaduhan bersama isterinya, Sarah. "Barang yang aku ambil tu dah dibuang... bukannya aku mencuri. "Lagipun dari kawasan tong sampah besar dan bukannya dalam rumah orang," alasannya seperti dipetik di mStar. Taufiq juga menegaskan setiap barang yang dikutip itu masih dalam keadaan baik dan hanya mengalami sedikit kerosakan yang boleh dibaiki. "Barang tu semua masih elok lagi, selepas aku betulkan dan cat semula mesti boleh digunakan. "Orang buang sebab mereka tak reti nak modify balik. Tengok ni, cuma rosak motherboard sahaja... kalau ganti baharu atau tukar bahagian yang rosak tu mesti boleh guna balik."
Bagaimanapun kehidupan mereka sekeluarga berubah sejak dia membawa balik sebuah basikal kecil dua minggu lepas, apabila anaknya yang bongsu si bongsu sering kelihatan letih dan kerap menyendiri. "Abang, perasan tak... sejak ada basikal kecil ni, Alia sering bangun pukul 3 pagi untuk bermain. Dia akan berhenti main apabila azan subuh kedengaran dari surau belakang tu. "Kalau waktu siang, dia asyik tidur dan keletihan seperti orang yang lakukan kerja berat. "Perangai dia memang berubah sangat, dah tak aktif seperti selalu. Dengan saya pun dia dah kurang bercakap," ujar Sarah. Taufik hanya bersikap acuh tak acuh sahaja semasa mendengar ngomelan isterinya kerana menganggap ia hanya alasan Sarah supaya dia tidak lagi mengutip barang terbuang. Tak lama kemudian, dia melihat Alia berjalan perlahan ke dapur bersama basikal kecil yang dikutipnya itu tetapi basikal itu bergerak sendiri tanpa ditolak. "Awak jom tengok Alia, aku nampak dia ke dapur dengan basikal tapi..." Tak sempat menghabiskan kata-kata, Taufik melihat satu lembaga hitam yang besar dan berbulu sedang memegang basikal kecil. Dia yang terkejut terus mengarahkan Sarah untuk mendukung Alia yang tiba-tiba menjerit dan menangis. Tanpa menunggu lama, Taufiq melaungkan azan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Dia bagaimanapun bersyukur kerana melihat kejadian tersebut sebelum situasi lebih teruk berlaku terhadap anak bongsunya. "Esok saya buang basikal ni dan panggil ustaz untuk 'tengok-tengok' rumah kita dan Alia," katanya. -CARI Sumber:
|
CiliPadiSedap replied at 13-7-2023 11:12 AM
sejak bila wartawan forum dah pandai buat mastika?
_blackbird: video tu bukan dah lama ke? ku ...
ADVERTISEMENT