View: 1277|Reply: 21
|
Bapa Degil Suka Kutip Barang Terpakai- Anak Main Basikal Jam 3 Pagi, Bergerak Sendiri Tanpa Dikayuh
[Copy link]
|
|
Seorang bapa dikenali sebagai Taufik gemar mengutip barang terbuang membuatkan keluarganya dianggap daif oleh jiran tetangga.
Disebabkan itu, ada yang bertindak mendermakan barang terpakai seperti perabot dan pakaian kepada mereka.
Perangai lelaki berkenaan menjadi punca pergaduhan bersama isterinya, Sarah.
 Foto: mStar
"Barang yang aku ambil tu dah dibuang... bukannya aku mencuri.
"Lagipun dari kawasan tong sampah besar dan bukannya dalam rumah orang," alasannya seperti dipetik di mStar.
Taufiq juga menegaskan setiap barang yang dikutip itu masih dalam keadaan baik dan hanya mengalami sedikit kerosakan yang boleh dibaiki.
"Barang tu semua masih elok lagi, selepas aku betulkan dan cat semula mesti boleh digunakan.
"Orang buang sebab mereka tak reti nak modify balik. Tengok ni, cuma rosak motherboard sahaja... kalau ganti baharu atau tukar bahagian yang rosak tu mesti boleh guna balik."
Bagaimanapun kehidupan mereka sekeluarga berubah sejak dia membawa balik sebuah basikal kecil dua minggu lepas, apabila anaknya yang bongsu si bongsu sering kelihatan letih dan kerap menyendiri.
"Abang, perasan tak... sejak ada basikal kecil ni, Alia sering bangun pukul 3 pagi untuk bermain. Dia akan berhenti main apabila azan subuh kedengaran dari surau belakang tu.
"Kalau waktu siang, dia asyik tidur dan keletihan seperti orang yang lakukan kerja berat.
" erangai dia memang berubah sangat, dah tak aktif seperti selalu. Dengan saya pun dia dah kurang bercakap," ujar Sarah.
Taufik hanya bersikap acuh tak acuh sahaja semasa mendengar ngomelan isterinya kerana menganggap ia hanya alasan Sarah supaya dia tidak lagi mengutip barang terbuang.
Tak lama kemudian, dia melihat Alia berjalan perlahan ke dapur bersama basikal kecil yang dikutipnya itu tetapi basikal itu bergerak sendiri tanpa ditolak.
"Awak jom tengok Alia, aku nampak dia ke dapur dengan basikal tapi..."
Tak sempat menghabiskan kata-kata, Taufik melihat satu lembaga hitam yang besar dan berbulu sedang memegang basikal kecil.
Dia yang terkejut terus mengarahkan Sarah untuk mendukung Alia yang tiba-tiba menjerit dan menangis.
Tanpa menunggu lama, Taufiq melaungkan azan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana melihat kejadian tersebut sebelum situasi lebih teruk berlaku terhadap anak bongsunya.
"Esok saya buang basikal ni dan panggil ustaz untuk 'tengok-tengok' rumah kita dan Alia," katanya. -CARI
Sumber: |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila wartawan forum dah pandai buat mastika? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi bodoh selamba biar anak main dari pukul 3pagi sampai ke subuh |
|
|
|
|
|
|
|
video tu bukan dah lama ke? ku rasa ku dah tgk video serupa base on screenshot tu bertahun dulu |
|
|
|
|
|
|
|
siap dialog lagi tu

|
|
|
|
|
|
|
|
hantar ke bod mps pun gerenti kena cerca juga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird: video tu bukan dah lama ke? ku ...
Mmg dh lama .. wartawan saja up balik.xtau apa mohtep |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Cari bodoh...
Tajuk thread pun tunggang langgang |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo.. apo 3am
kucing2 aku kul 3am pun dh tdo |
|
|
|
|
|
|
|
Oh citer seram rupanya...ingatkn taufik diceraikn bini. |
|
|
|
|
|
|
|
pening baca... dan seram dia tak smpai...next |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan cari bodo mcm mana pun, kalau korang dok reply dalam thread dia, mmg ada trafik la, & dia berjaya bwk masuk trafik. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow! Semasanya isu iniiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kan sng org lain tlg kayuh kan kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga ada satu kisah misteri yang lebih menarik daripada kisah ini. Nanti kan |
|
|
|
|
|
|
|
idup lagi mastika roper nya...
ingat kan dah pupus |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada org beli iphone 11 2nd hand, pstu terinstall sendiri , taip sendiri tu , bolehla post dlm Isu semasa okay..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|