CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DS Vida Tak Akan Mengalah, Berebut The Reds Warriors! Erfan Akif 'Budak' Mentah

13-7-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 497| Komen: 4

PETALING JAYA: Bekas penaja utama Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman tidak akan sesekali mengalah dan menegaskan akan terus bersaing untuk memiliki The Reds Warriors (TRW).

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, Erfan Akif, seorang lagi individu yang berminat membeli Kelantan FC masih mentah dalam bola sepak.


“Saya tidak akan berundur dan masih bersaing untuk bersama (memiliki) pasukan ini.

“Ini kerana kalau dibiarkan kepada mereka yang masih baharu, sampai bila pasukan akan terumbang-ambing. Pasukan lain sudah menunjukkan perubahan tetapi Kelantan FC masih tercorot,” katanya.

Foto: IG

Ditanya mengenai perjum­paannya bersama pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sebelum ini, Vida ­mengakui, semua berjalan baik, namun beliau tidak dapat mendedahkan hasil ­rundingan.

“Saya sudah bertemu Norizam di Pulau Pinang dan me­ngadakan perbincangan tertutup, namun segala maklumat mengenai perbincangan itu dirahsiakan untuk seketika ini.


“Persetujuan harga masih dalam rundingan dan (harga) terbaik untuk kita,” ujarnya.

Vida pernah menjadi penasihat dan penaja TRW dari 2016-2017 dengan nilai tajaan hampir RM20 juta.

Sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai pencapaian diraih dan atas pengalaman itu, dia yakin mampu menguruskan TRW.

Terdahulu, pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan mengumumkan bahawa satu perjajian kerahsiaan (NDA) antara beliau dengan pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau Zamsaham sudah dimeterai. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 13-7-2023 12:05 PM
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, Erfan Akif, seorang lagi individu yang berminat membeli Kelantan FC masih mentah dalam bola sepak.

ayat que puteh tak boleh belah sungguh
Quote rosedemon 14-7-2023 08:31 AM
Beriya je amenda nk rebut2 kelate ni
Quote maharani_gebu 14-7-2023 08:57 AM
Dia ni beriya sebab nak beli jiwa si Kacak anak jantan dia tu. Anak dia yg minat nak beli. Ikutkan Vida ni satu ape pun dia tak tau pasal bola. Yg dia tau nanti gigih cat stadium warna pink pastu paksa team tukar jersi pink
Quote meah_kelabu 14-7-2023 09:09 AM
ke beli sbb agenda nk cuci cuci malaysiaaa dia?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.085831 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top