View: 448|Reply: 4
|
DS Vida Tak Akan Mengalah, Berebut The Reds Warriors! Erfan Akif 'Budak' Mentah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Bekas penaja utama Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman tidak akan sesekali mengalah dan menegaskan akan terus bersaing untuk memiliki The Reds Warriors (TRW).
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, Erfan Akif, seorang lagi individu yang berminat membeli Kelantan FC masih mentah dalam bola sepak.
“Saya tidak akan berundur dan masih bersaing untuk bersama (memiliki) pasukan ini.
“Ini kerana kalau dibiarkan kepada mereka yang masih baharu, sampai bila pasukan akan terumbang-ambing. Pasukan lain sudah menunjukkan perubahan tetapi Kelantan FC masih tercorot,” katanya.
 Foto: IG
Ditanya mengenai perjumpaannya bersama pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sebelum ini, Vida mengakui, semua berjalan baik, namun beliau tidak dapat mendedahkan hasil rundingan.
“Saya sudah bertemu Norizam di Pulau Pinang dan mengadakan perbincangan tertutup, namun segala maklumat mengenai perbincangan itu dirahsiakan untuk seketika ini.
“Persetujuan harga masih dalam rundingan dan (harga) terbaik untuk kita,” ujarnya.
Vida pernah menjadi penasihat dan penaja TRW dari 2016-2017 dengan nilai tajaan hampir RM20 juta.
Sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai pencapaian diraih dan atas pengalaman itu, dia yakin mampu menguruskan TRW.
Terdahulu, pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan mengumumkan bahawa satu perjajian kerahsiaan (NDA) antara beliau dengan pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau Zamsaham sudah dimeterai. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Vida berkata, Erfan Akif, seorang lagi individu yang berminat membeli Kelantan FC masih mentah dalam bola sepak.
ayat que puteh tak boleh belah sungguh 
|
|
|
|
|
|
|
|
Beriya je amenda nk rebut2 kelate ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni beriya sebab nak beli jiwa si Kacak anak jantan dia tu. Anak dia yg minat nak beli. Ikutkan Vida ni satu ape pun dia tak tau pasal bola. Yg dia tau nanti gigih cat stadium warna pink pastu paksa team tukar jersi pink  |
|
|
|
|
|
|
|
ke beli sbb agenda nk cuci cuci malaysiaaa dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|