CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2129|Reply: 1

[Tempatan] Iskandar Puteri bakal jadi bandar metropolitan Johor

[Copy link]
Post time 11-3-2025 02:04 PM | Show all posts |Read mode



ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Iskandar Puteri sebagai sebuah bandar metropolitan yang akan berfungsi sebagai pusat ekonomi moden dan inovasi negara ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu bakal merapatkan jurang ekonomi antara Johor dan pusat ekonomi utama lain di negara ini.

“Johor kini sedang giat memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan serantau melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Semua inisiatif dibuat bakal meningkatkan keterhubungan strategik, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Onn Hafiz memberitahu pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mencapai status negeri maju menjelang 2030, termasuk Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Katanya, kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan Khazanah bertujuan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan demi kemajuan Johor serta kesejahteraan rakyatnya yang berbilang kaum.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 08:02 AM | Show all posts
metro apooo...jauh nak mamps dari semua tempat & daerah lain... rumah pun foreigner je beli tak duduk, tanah lot semua kroni juta2 sakau buat banglo... keliling tu semua kampung2 lama yang tak lama lagi kena jual...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063890 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list