Tular sebuah video memaparkan kecurian kereta yang berlaku di Stesen Minyak Petron Semantan, Temerloh pada Rabu. Bagaimanapun, tinjauan terhadap rakaman itu mendapati ia sebenarnya kejadian lama iaitu pada 2020 yang ditularkan semula di Twitter.
Video itu memaparkan situasi cemas seorang wanita apabila keretanya dilarikan lelaki tidak dikenali ketika sedang mengiisi minyak. Ketika kejadian, kelihatan lelaki berkenaan berlegar-legar di kawasan pam minyak sebelum memasuki dan melarikan kenderaan berwarna kuning tersebut. Setelah menyedari keretanya dipandu individu tidak dikenali, wanita berkenaan berusaha untuk mengejarnya dengan berpaut pada pintu belakang kenderaan tersebut hingga terseret sejauh beberapa meter. Namun, memetik laporan media, tidak sampai 12 jam kes itu berlaku, suspek berjaya ditahan di Subang Jaya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman mengesahkan suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah lampau, dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
|
Bagaimanapun, tinjauan terhadap rakaman itu mendapati ia sebenarnya kejadian lama iaitu pada 2020 yang ditularkan semula di Twitter.
ADVERTISEMENT