CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 14

Pemilik Leka Isi Petrol Sampai Lelaki Selamba Masuk Dan Larikan Kereta, Sempat Berpaut Pada Pintu Sebelum Diseret

[Copy link]
Post time 12-7-2023 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah video memaparkan kecurian kereta yang berlaku di Stesen Minyak Petron Semantan, Temerloh pada Rabu.


Bagaimanapun, tinjauan terhadap rakaman itu mendapati ia sebenarnya kejadian lama iaitu pada 2020 yang ditularkan semula di Twitter.








Video itu memaparkan situasi cemas seorang wanita apabila keretanya dilarikan lelaki tidak dikenali ketika sedang mengiisi minyak.


Ketika kejadian, kelihatan lelaki berkenaan berlegar-legar di kawasan pam minyak sebelum memasuki dan melarikan kenderaan berwarna kuning tersebut.


Setelah menyedari keretanya dipandu individu tidak dikenali, wanita berkenaan berusaha untuk mengejarnya dengan berpaut pada pintu belakang kenderaan tersebut hingga terseret sejauh beberapa meter.


Namun, memetik laporan media, tidak sampai 12 jam kes itu berlaku, suspek berjaya ditahan di Subang Jaya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman mengesahkan suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah lampau, dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.




  



"Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, suspek memasuki kereta mangsa yang tidak dimatikan enjin ketika pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu mengisi minyak di Stesen Minyak Petron Semantan," katanya.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak bg pompuan peluang pukul kapla perompak tu pakai selipar jepang yg keras tu terlebih dahulu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 08:46 PM | Show all posts
kenapa la x lock kete mase isi myk
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 08:46 PM | Show all posts
Bagaimanapun, tinjauan terhadap rakaman itu mendapati ia sebenarnya kejadian lama iaitu pada 2020 yang ditularkan semula di Twitter.

dah tu yang ko pergi buka thread kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I klu isi myk sorg2 mesti cabut kunci. Klu kne gi byr kt kaunter, lock kereta. Never ever tinggal kunci dlm kereta. Sbb trauma kereta pernah terkunci kt stesen minyak, kunci ada dlm kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Peringatan lah buat Kita semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahap bodo @CARI-MAL memang level tak buleh bawa bincang. @admin6 buleh lagi pi simpan mangkaq lagu ni jadi pemberita? Spesis sama2 bodo admin cari dengan depa punya wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:30 AM | Show all posts
perempuan ni bodoh. Dah berapa kali pesan kalau nk isi minyak matikan enjin. Kereta kau palat sgt ke sampai tak blh mati enjin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif kereta kuning terang menderang mau curi kan senang dikejar
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:03 AM | Show all posts
Lah? Video lama rupanya? Anyway still layak dicerca. Tak reti2 nak off engine ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:28 AM | Show all posts
1. Kunci kereta bila keluar nak isi minyak
2. Ikut arahan no 1
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:46 AM | Show all posts
selalu sgt nmpk kete tk mati enjin, isi minyak
bole dakwa ke camni? kang meletup plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:46 AM | Show all posts
aku mmg start kunci kete masa isi minyk pasal kes curi handbag tu...seram betul...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:49 AM | Show all posts
di malaysia ni faktor keselamatan memang amat perlu di titikberatkan...even our securities pun memukul rakyat kita sendiri...apetah lagi org asing...

on a individual basis, safety takleh boleh di kompromi...malaysia ni jenayah tinggi sebab warga asing yg keje di sini adalah berkualiti rendah, background jenayah perhaps, etc
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan sendiri yg menyusahkan pihak berkuasa... Susah kan diri sendiri tu mmg selayaknya la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.221021 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list