CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bibir Digigit, Mulut Ditarik Guru- Emosi Budak 6 Tahun Tak Stabil, Sering Mengamuk Dan Hilang Selera Makan

12-7-2023 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 463| Komen: 3

KOTA BHARU – Emosi budak lelaki berusia enam tahun tidak stabil selepas bibirnya digigit dan mulutnya ditarik oleh guru dalam kejadian yang berlaku di sekolah kanak-kanak itu pada Khamis lalu.

Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Eyma Zaideen berkata, keadaan itu menyebabkan anaknya tidak mahu ke sekolah kerana trauma selain sering mengamuk dan hilang selera makan.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu.

Gambar Hiasan

“Semasa tiba di rumah pada Khamis lalu, anak saya menangis sebelum memaklumkan bahawa dia tidak mahu lagi ke sekolah kerana gurunya menggigit bibir dan menarik mulutnya.

“Selepas perkara itu tular, ada kalangan pihak di sekolah yang mengatakan guru lelaki terbabit bergurau dengan anak saya. Itu bukan gurauan lagi dan ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit kerana ia melibatkan air liur,” katanya kepada Kosmo.


Eyma Zaideen memberitahu, dia sudah mengadakan pertemuan dengan guru besar sekolah tersebut kelmarin dan langsung tidak kisah anaknya itu dirotan untuk tujuan mendidik jika melakukan kesalahan.

Menurutnya, dia tidak boleh menerima kenyataan apabila guru lelaki terbabit bertindak di luar batasan terutamanya dengan perbuatan menggigit bibir kanak-kanak.

“Selepas perbincangan dengan pihak sekolah, saya ada bertemu dengan murid-murid lain dan mereka mengesahkan kejadian yang menimpa anak saya.

“Saya kecewa dengan kejadian yang menimpa anak. Disebabkan itu juga saya membuat hantaran di media sosial agar kejadian sama tidak berulang kepada kanak-kanak lain,” ujarnya.

Menurut Eyma Zaideen, dia ketika ini sedang mengambil tindakan susulan terhadap kejadian yang menimpa anaknya itu dan berharap guru terbabit dapat ditukarkan ke sekolah lain selepas ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang wanita yang juga ibu kepada murid terbabit mendedahkan isu berkenaan menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan memandang serius isu tular membabitkan seorang murid enam tahun yang trauma ke sekolah selepas didakwa sering digigit gurunya.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik ibu murid terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 12-7-2023 10:17 AM
bodo punya cikgu sampai ke tua kang trauma entah2 trus saiko
Quote ifanonline 12-7-2023 10:20 AM
budaya LGBTQ semakin menular di sekolah
Quote rosedemon 13-7-2023 08:47 AM
ifanonline: budaya LGBTQ semakin menular di sekolah


agak2 salah siapa?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.090858 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top