CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Selalu Cari Gaduh, Ugut Minta Cerai Sebab Bengang Suami Terlalu Sempurna, Baik, Berakhlak, Mempunyai Pekerjaan Stabil

12-7-2023 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1106| Komen: 16

Seroang wanita bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang cukup sempurna, baik, berakhlak, mempunyai pekerjaan stabil.

Katanya suaminya langsung tidak pernah membangkitkan soal cahaya mata sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.


Namun rumah tangga yang dibina mulai goyah disebabkan sikapnya sendiri.

Gambar Hiasan

"Aku isteri bukan solehah. Aku isteri paling derhaka sekali. Aku selalu emosi. Ego. Aku selalu jadi yang pertama yang mulakan pertengkaran.

"Sampai satu tahap, aku pernah nak minta cerai sebab aku rasa dia berhak untuk mendapat seseorang yang lebih baik daripada aku.

"Waktu aku cakap pasal cerai tu, suami aku sedih of course tapi dia cakap 'selagi mana you rasa sayang I, selagi mana you rasa nak berubah, jangan fikir pasal cerai'.

"Setiap hari dia adalah sebab utama aku nak berubah jadi isteri solehah. Tapi aku selalu kalah dengan sikap baran aku. Apa suami buat, semua tak kena dekat mata aku," luahnya.




Wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu menambah, dia sememangnya mempunyai masalah mental dan bergantung kepada ubat-ubatan sejak sekitar lima tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menganggap masalah dirinya mempunyai kaitan dengan penyakit tersebut.

"Aku kesian dekat suami aku sebab kena suffer dengan personaliti aku yang berubah-ubah.

"Setiap hari adalah pertarungan antara nak berubah jadi isteri solehah untuk husband dan nak mati. Saya tak mahu dia menderita kerana saya.

"Ya saya cuba beribu kali berkomunikasi atau sesi curahan hati ke hati. Tapi tetap menemui kegagalan," luahnya.

Rutin tersebut akan berulang-ulang sehingga membuatkan wanita tersebut hampir putus asa untuk mempertahankan rumah tangganya.

"Kitaorang macam ni bukan sebab kewangan, bukan sebab tak ada anak lagi ke apa. Ia adalah kerana saya. Saya yang mempunyai masalah. Saya benar-benar putus asa," kongsinya lagi.

Luahan wanita berkenaan dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding yang sehingga kini meraih 507 ulang kicau.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut malah memberikan kata-kata semangat agar dirinya tidak berputus asa.

Mereka turut berkongsi cadangan kepada wanita berkenaan, antaranya menyarankan dirinya menjalani sesi terapi.

"Teruskan dengan sesi terapi. Setiap hari masa bangun, berdoalah untuk menjadi diri sendiri. Saya rasa dalam diri kamu, kamu tak maafkan diri sendiri... mungkin trauma lampau.

"Sila rujuk mana-mana kaunselor perkahwinan supaya anda boleh bertambah baik. Saya tahu kamu sayangkan suami.

"Saya pun sama, selalu mengamuk tapi yakinlah dengan doa, minta suami doakan dan doa untuk diri sendiri supaya berubah, Allah akan tolong lambat laun," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 12-7-2023 09:17 AM
cerai je lah.. pompuan yg sundel utk lelaki yg sundel.. simpel yaach
Quote rosedemon 12-7-2023 10:29 AM
mental btolla pompuan2 szman skrg jalang btol haish geram aku
Quote mojarean_X 12-7-2023 10:33 AM
X yah cerai. Bg je wanita2 lain yg lebih memerlukan berkongsi kasih sayang ngan laki uols.
Quote mejaputih 12-7-2023 10:35 AM
ni isu CI ke?
Quote ifanonline 12-7-2023 10:36 AM
ramai wanita tidak berkualiti zaman skrg ni
Quote sara_thrash 12-7-2023 10:41 AM
soon akan bekerja. aku dah terbayang haru la company tu ada staf mental mcm ni. nanti dgn semua org dia cari pasal.
Quote little_sis 12-7-2023 12:19 PM
Dah dpt laki baik, tak bersyukur.. dpt laki bewak kaki pukul baru tau derita..
Quote supernaturalee 12-7-2023 04:11 PM
little_sis replied at 12-7-2023 12:19 PM
Dah dpt laki baik, tak bersyukur.. dpt laki bewak kaki pukul baru tau derita..

atau laki sharp shooter
mkn pakai x cukup sokmo
pahtu masuk metro cari sinar
tp laki nyorok x nmpk muka



Quote vespa_oren 12-7-2023 04:16 PM
laki dia x hensem kot sbb xtulis pun laki dia hensem biarpun bnyk puji2
Quote kotakbaju 12-7-2023 04:23 PM
vespa_oren replied at 12-7-2023 04:16 PM
laki dia x hensem kot sbb xtulis pun laki dia hensem biarpun bnyk puji2

Boleh jadi. Terfikir mula2 baca tadi maybe suami takde rupa paras helok. .

Cuba rupa paras helok persis bamtah berani nak minta cerai
Quote Decaffeinated 12-7-2023 04:28 PM
Bipolar ka?
Quote AbukRokok 12-7-2023 04:29 PM
Pompuan tak pernah puas
Quote rosedemon 13-7-2023 08:45 AM
sara_thrash: soon akan bekerja. aku dah terbayang haru la company tu ada staf mental mcm ni. nanti dgn semua org dia cari pasal.


sama mcm tmpt kerja aku dlu sume bnda dah ok tp dia yg meroyan bila ingat balik knp aku tak libas je dia masa tu
Quote MissYouSayang 13-7-2023 08:55 AM
Mesti tok laki tak hensem pastu gemok kepam lak tu. Kalo hensem wangi jadi kuat jeles plak
Quote noor2 13-7-2023 09:06 AM
Tah hape hape....
Quote Honey_Inara 13-7-2023 09:38 AM
Orang yang ada masalah mental memang camtu. Mood tak stabil. Sama ada dia sedar atau tak.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.137181 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top