Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) dipercayai bersembunyi daripada polis, ditemui meninggal dunia di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah kosong, baru-baru ini. Mirror UK melaporkan, Brandon Lee Buschman, 34, ditemukan di dalam peti sejuk beku di ruang bawah tanah di rumah tidak berpenghuni itu pada 26 Jun lalu, menurut Jabatan Polis Gilbert Minnesota.
Buschman, dari Babbit, mempunyai waran aktif untuk penahanannya dan dipercayai terperangkap di dalam peti sejuk beku itu. Saksi mengesahkan pihak berkuasa kali terakhir melihat lelaki itu melarikan diri dari bahagian atas rumah berkenaan kerana menyedari kehadiran polis di kawasan itu. Menurut jurucakap polis, peti sejuk beku itu adalah model lama yang dipercayai tidak dihidupkan dan digunakan sejak April 2022 dan apabila ditutup, ia tidak boleh dibuka dari dalam.
Difahamkan, rumah itu juga tidak berpenghuni sejak Februari lalu. Siasatan awal mendapati Buschman memasuki peti sejuk beku itu dengan kerelaan sendiri dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati tiada bukti trauma atau kecederaan pada mangsa. Laporan toksikologi akan dijalankan dalam beberapa minggu lagi. Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 12-7-2023 03:27 PM
pnh baca dulu budak2 main hide&seek kt blkg rumah pahtu masuk peti ais lama
sekali yg sm2 main pun l ...
ADVERTISEMENT